I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 29 November 2011

Download : Angry Bird Season 2 (2012)



bagi peminat Angry Birds ni amik link ni dan download untuk musim baru punya. Ada 95 misi yang perlu dilengkapkan dalam game season baru ni..Jom layan musim baru ni...hahahaha...

Angry Birds Season 2 (2012)

Cara Install :

1. Download link game Angry Birds Season 2

2. Password : www.dytoshare.us

3. Selesai download, install seperti game biasa.

Selamat berjaya dengan misi baru ini. Share entry ini kepada semua peminat-peminat Angry Birds anda..

Saturday 26 November 2011

UNIK : Namaku Hanya "S"




(SUMBER HARIAN METRO)

GELANG PATAH: “Walaupun nama saya hanya satu huruf, S, namun pelbagai kenangan manis dilalui terutama ketika akad nikah apabila suami, Nuzrul Hassan, 31, terpaksa melafazkan tujuh kali dan pengalaman itu tidak dapat dilupakan seisi keluarga dan saudara-mara yang hadir pada majlis yang diadakan pada 7 Julai 2007,” kata S, 24, menceritakan pengalamannya berdepan beberapa keadaan unik disebabkan namanya itu.

Menurutnya, sepanjang hidupnya, semua kenalan mulanya menyangka S nama timangan, namun apabila diberitahu ia nama sebenar, semua terdiam sebelum berkata ia sesuatu yang pelik.


“Bukan saja kenalan, malah suami sendiri terkejut apabila diberitahu nama saya S ketika kami bertunang empat tahun lalu.

“Apapun, saya bersyukur dengan nama diberikan bapa dan tidak pernah merungut apabila berdepan pelbagai keadaan menghairankan kerana memang sesuatu yang jarang berlaku.





“Memandangkan perkataan susah dan senang bermula huruf S, bapa kerap menasihatkan saya supaya bersusah-susah dulu supaya senang kemudian.


“Malah, tiga adik perempuan saya turut diberikan nama pendek seperti Liz, 22, Maz, 11, dan Hani, 9,” katanya yang tinggal di Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai, di sini.

Sementara itu, bapanya, Rusli Ahmad Abdul Karim, 50, berkata, pemilihan satu huruf sebagai nama anak sulung daripada empat beradik itu berikutan pengalaman hidupnya sendiri.


“Arwah ayah memiliki tiga nama (tiga suku kata) hingga ia menjadi bahan ejekan ramai termasuk menyatakan saya mempunyai tiga bapa. Pengalaman itu menyebabkan saya mengambil keputusan memberikan nama paling pendek kepada anak saya iaitu hanya huruf ‘S’.

“Namun bak kata pepatah, rezeki anak terletak pada namanya, S kini berusia 24 tahun menjalani kehidupan rumah tangga bahagia dan berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang diminati biarpun mempunyai seorang cahaya mata,” katanya.


Rusli berkata, sebelum menamakan anaknya, dia pernah merujuk nama pilihannya itu dengan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) sebelum pendaftaran nama anak sulungnya itu diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


“Biarpun tidak menghalang, Jaij tidak menggalakkan pemberian nama seumpama ini kerana bimbang menjadi ikutan masyarakat selain tidak mempunyai maksud.


“Namun, saya menerangkan tujuan dan niat memberikan nama sedemikian kepada mereka bagi mengelak salah faham,” katanya.


Katanya, walaupun nama anaknya terlalu pendek dan unik, dia dan isterinya pernah beberapa kali berdepan kesulitan termasuk ketika membawa S berurusan di klinik apabila seorang jururawat menganggap dia leka mengisi borang kerana hanya mencatatkan huruf S.


“Namun, selepas saya memberitahu perkara sebenar, mereka pelik dan tidak kurang menyatakan pilihan nama itu sesuatu yang baru kerana tidak pernah didengar sebelum ini,” katanya.


Menurutnya, walaupun tidak mengetahui sama ada nama S mempunyai maksud tertentu, dia sentiasa berdoa supaya nama itu membawa rezeki kepadanya termasuk berjaya dalam hidup.


“Saya bersyukur kerana S dapat melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam bidang Teknologi Seni Bina di Institut Teknologi Perindustrian Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) sejak setahun lalu kerana itu adalah impiannya,” katanya yang mengusahakan gerai Pisang Misai Corner di Lima Kedai, di sini.

Thursday 24 November 2011

BERDAMAI : Malaysia Dan Indonesia Adalah Saudara



Bismillahirahmanirrahim....Salam Sahabat buat semua warga Malaysia dan Indonesia...

Pertikaian dan kebencian makin memuncak saat perlawanan antara dua negara jiran ini di Final Bola Sepak Sukan Sea 2011.

Perlawanan yang penuh dengan kebencian, emosi dendam ini telah menjadi satu fenomena yang sangat luar biasa antara Indonesia Malaysia. Bagi aku, kalah dan menang memang adat dalam pertandingan tetapi perkara ini menjadi semakin serius tatkala terdapat pelbagai hasutan dari media dan mereka yang berada disekeliling.

100 000 lebih penyokong Indonesia datang ke GBK, Gelora Bung Karno ingin melihat pertandingan yang penuh dengan pertikaian antara kedua belah pihak. Mereka datang dengan kebencian, dendam, dan datang dengan satu harapan untuk membinasakan pasukan Malaysia.

Namun, perkara ini tidak kesampaian, kerana Indonesia tidak berhasil mengalahkan Malaysia atas sebab tiada peluang dan nasib tidak menyebelahinya. Jujur disini, aku dapat lihat warna-warna kebencian, dendam, didalam mata setiap penyokong Indonesia di GBK.


Mereka sendiri dapat menunjukkan sikap kerjasama dan kenapa kita sebagai yang menyaksikan nya tak dapat hentikan dendam dan kebencian..sebenarnya kita boleh..

Begitu juga Malaysia, yang telah berusaha untuk menghentikan gangguan ini dengan berjaya menghasilkan kejayaan buat warganya.

Namun persoalannya adalah perkara yang berlaku selepas itu, yang telah dikatakan satu fenomena yang luar biasa. Serangan demi serangan dilakukan antara kedua-dua buah negara melalui laman-laman sosial. pelbagai dendam kesumat dilemparkan dan cacian, makian diungkapkan atas dasar ketidakpuasan hati.



Malaysia dan Indonesia adalah satu sahabat yang telah menjangkau ratusan tahun lamanya,
Mereka adalah satu warga yang serumpun,
Mereka adalah satu saudara yang terbesar di muka bumi ini,
Mereka pernah jadi satu bangsa yang hebat ketika dahulu,
Mereka lahir di kawasan yang sama dahulunya,
Mereka adalah negara yang boleh menggegarkan dunia.

Aku wakil 27 juta rakyat Malaysia, akan terus menyokong orang yang cuba mengembalikan persaudaraan ini
dan aku harap 280 juta rakyat Indonesia juga dapat menerimanya dan kita saling berusaha untuk pembangunan negara yang kita cintai dan sanjungi



"Jujur di sini aku mengakui pernah mengkritik, dan mengecam Indonesia, tapi sampai bila perkara ini harus berlaku??sampai bila pertikaian ini harus dilanjutkan??sampai kita mati sekalipun perkara ini tidak akan habis jika kedua-duanya sombong dan angkuh...

Dengan nama Allah yang maha mengetahui dan mengasihani, aku hambamu yang maha lemah, memohon agar engkau lembutkan hati kedua-dua rakyat negara ini Ya Allah, agar dapat menjadi satu bangsa yang hebat dan tidak ada lagi persengketaan antara kedua-duanya...

Terima kasih kepada semua yang membacanya, Aku mohon kemaafan dan aku percaya persaudaraan antara kedua-dua negara ini adalah yang terbaik.. Thx kat sape yang share artikel ini kepada semua...thx kawan2 salam sahabat untuk selama-lamanya Malaysia dan Indonesia....

like page ni, dr member aku dr Indonesia Persahabatan Indonesia-Malaysia Dan ASEAN jom sokong page ni...

Wednesday 23 November 2011

RAHSIA : Kekalahan Timnas Indonesia Terhadap Malaysia

Dua negara yang penuh dengan pertelingkahan dan penuh dengan ketidakpuasan hati. Akhirnya muncul seorang penulis yang telah menganalisis tentang rahsia kekalahan Timnas Indonesia terhadap pasukan Malaysia.


Aku sendiri juga merasakan betapa bencinya rakyat Indonesia terhadap Malaysia sehinggakan setiap perlawanan yang melibatkan Malaysia pasti akan berkesudahan dengan situasi yang sangat luar biasa. Walaupun begitu aku tertarik untuk berkongsi artikel ini yang ditulis Salah Seorang Pendukung Timnas Indonesia yang menginginkan dendam dan pertelingkahan dihapuskan oleh Indonesia dan Malaysia.

Arif Bawono Surya seorang rakyat Indonesia yang berasal dari Kota Malang. Tulisan analisis beliau telah mendapat 8000 ++ shared di Laman Sosial FB dan 143 shared di Tweet dalam tempoh kurang 24 jam,


“Pertandingan normal berakhir, perpanjangan waktu, dan akhirnya adu Tos-tos an dilakukan. Disinilah mental diuji dan Garuda Muda terbukti belum mampu menunjukkan mental juara. Malaysia pulang ke kandang mereka dengan kepala tegak, kalungan medali Sea Games yang dirindukan oleh warga Indonesia selama 20 tahun dibawa ke Kuala Lumpur.




Ada apa sebenarnya? Kenapa Indonesia selalu kalah dengan Malaysia di partai puncak? Banyak yang beranalisis tentang masalah teknis seperti teknik, team work, mental dan lain-lain. Tapi saya mencoba menganalisis dengan cara lain. Kenapa Indonesia tidak bisa mengalahkan Malaysia di GBK? Jawabannya adalah karena motivasi Indonesia untuk menang adalah motivasi kebencian dan dendam. Seperti diketahui benci dan dendam adalah dua energi yang sangat NEGATIF.




Maka begitu berkumpul di stadion yang penuh dengan aura kebencian dan dendam energi negatif itu terakumulasi besar sekali. Dan percaya atau tidak energi negatif itu akan menular ke dalam lapangan. Dan permainan pun kacau sekali, ditambah seluruh stadion yang menyumpah serapah i negara lawan. Maka doa yang didasari oleh energi negatif tidak akan sampai dan diterima oleh Tuhan. Justru doa penonton Malaysia yang datang ke GBK dikabulkan. Kenapa?


Karena mereka termasuk orang-orang yang teraniaya,sebagai tamu mereka bukannya dihormati tetapi malah disumpah-serapah. Padahal mereka belum tentu salah, maka saat mereka berdoa meminta kemenangan, dengan cepat Tuhan mengabulkan. Doa orang-orang teraniaya lebih makbul.






Oleh karena itu marilah kita luruskan niat, saat pertandingan olahraga tidak perlu membawa kepentingan politik dan membawa kebencian di lapangan. Bertandinglah untuk menghibur, untuk mencapai prestasi karena ingin mengharumkan nama bangsa tanpa menginjak martabat bangsa lain. Bukankah seorang pemenang sejati itu adalah mereka yang “Menang tanpa kesombongan dan kalah tanpa banyak alasan”.




Thx sebab baca ini, selesaikan pertelingkahan, berdamai itu lebih baik dan tunjukkan semangat kesukanan. Memang sudah menjadi lumrah yang menang disanjung, yang kalah dicaci tetapi perkara ini boleh berubah. Korang dah bacakan...Aku rasa Arif Bawono Surya ni, orang yang memiliki mentaliti kelas pertama... Jom share kan ni kepada yang lain...Salam semuanya...


Tuesday 22 November 2011

INDONESIA : SEA Games 2011 Paling Lemah Dan Gagal Dalam Sejarah Penganjuran



Berakhir sudah Sukan Sea Jakarta-Palembang 2011 sebentar tadi menyaksikan Indonesia menjadi juara keseluruhan bagi temasya berkenaan. Setelah berakhirnya sukan sea kali ini, maka akan timbul pelbagai suara yang akan menjadi penanda aras kepada sukses atau tidak kejohanan berkenaan.

Ini lah situasi yang paling sukar akan dihadapi oleh setiap penganjur dalam sesuatu kejohanan besar. Indonesia tidak asing lagi dalam penganjuran acara sukan yang besar, tetapi rata-rata media di Asia Tenggara telah menyatakan bahawa Indonesia gagal dalam menjadi penganjur sukan sea yang sukses.


THAILAND

  • Kebanyakkan Media Thailand mengecam Indonesia yang memperoleh kemenangan mudah melalui acara Pencak Silat. Kemenangan ini merupakan dengan cara yang sangat memalukan apabila atlet Indonesia hanya perlu berlari, menangis, menggigit atlet Thailand, serta bersembunyi dibelakang juri. Cara pengadilan hanya bergantung kepada sorakkan penyokong Indonesia semata-mata.



  • Selain itu, media Thailand juga melaporkan penyokong Indonesia sangat fanatik kepada pasukannya sehingga menganggu fokus pemainnya dalam acara Sepak Takraw. Thailand yang merupakan kuasa besar dalam sukan ini mengecam penyokong Indonesia yang tidak mempunyai semangat kesukanan yang sebenar.

  • Thailand juga mengecam kemenengan mudah yang diperoleh Indonesia yang hanya memerlukan sorakkan yang kuat dan para pengadil tidak dapat memberikan keputusan yang adil dan tidak dipengaruhi oleh penonton.




MALAYSIA

  • Sememangnya Malaysia merupakan negara yang paling tidak disukai oleh Tuan Rumah berdasarkan beberapa isu antara kedua-dua buah negara. Spenjang 12 hari kejohanan ini pelbagai provokasi yang diterima oleh Malaysia dalam kesemua acara.


  • Pasukan Bola Sepak Malaysia telah dihalang ketika menuju ke stadium. Walaupun jarak antara hotel penginapan kurang  1km, tetapi akibat penyokong Indonesia, pasukan Malaysia tersekat selama 1 jam didalam bas.



  • Semasa perlawanan Final Pingat Emas, Malaysia – Indonesia, sekali lagi Malaysia terpaksa pulang dengan menaikki Barracuda/kereta kebal bagi tujuan keselamatan para pemain walaupun Indonesia telah berjanji tiada barracuda buat Malaysia tetapi mereka gagal.


  • Di Pusat Akuatik, Media Malaysia TV3 telah dihalang daripada membuat laporan tentang atlet Malaysia. Media Malaysia telah dihalau oleh petugas dengan cara yang kasar.

  • Seperti yang dijangka, penyokong pasukan Indonesia langsung tidak memperlihatkan semangat kesukanan terhadap pasukan lawan, Malaysia. Jeritan Maling (pencuri) dijerit oleh seluruh penonton di stadium sebaik pegawai-pegawai dari skuad Harimau Muda memasuki padang Stadium Utama Gelora Bung Karno sebentar tadi. - Utusan


  • Tumpuan Peserta Malaysia di Pusat Akuatik juga turut diganggu oleh penyokong tuan rumah yang sentiasa “booo” pasukan Malaysia tanda memboikot persembahan atlet Malaysia walaupun telah ditegur beberapa kali tetapi kejadian ini masih tidak boleh dikawal oleh penganjur.


  • Walaupun baru perlawanan di peringkat kumpulan, bola sepak yang merupakan acara terbesar dan ibu segala pingat ini terus mendapat perhatian media seluruh Asia Tenggara. Perlawanan peringkat kumpulan A, Malaysia – Indonesia telah menyaksikan kebiadapan penyokong Tuan Rumah yang tidak menghormati negara lain dengan membuat provokasi semasa lagu NegaraKu dimainkan. Sikap ini telah dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia.



  • Sekali lagi Malaysia diuji dengan Ong Kim Swee dihalau oleh penganjur Indonesia daripada masuk ke gelanggang untuk meraikan anak buahnya yang telah berjaya ke final dengan mengalahkan Vietnam. Tindakan ini tidak wajar kerana beliau digantung satu perlawanan tetapi pada masa itu, perlawanan sudah pun selesai.



MYANMAR

  • Myanmar yang merupakan tuan rumah sukan Sea Edisi ke-27, akan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Indonesia yang telah mempunyai pelbagai kelemahan dalam penganjuran temasya pada kali ini.




  • Langkah keselamatan gagal dititikberatkan oleh Indonesia sehingga semasa upacara pembukaan Sukan Sea Jakarta-Palembang 2011, laluan masuk VIP dan orang awam adalah sama. Perkara ini telah membenarkan keselamatan para jemputan Utama terdedah dengan keselamatan yang kurang diberi perhatian.


  • Myanmar yang merupakan tuan rumah pada edisi akan datang akan menjanjikan temasya yang terbaik dan tidak akan ada masalah terhadap teknikal, pengangkutan, penginapan, dan fasiliti seperti yang berlaku di Indonesia.


  • Myanmar telah terpilih menjadi tuan rumah untuk edisi ke-27 dan Singapura pada edisi ke-28 tahun 2015.


INDONESIA



  • Walaupun menjadi tuan rumah, tetapi Indonesia sendiri telah dikecam oleh rakyatnya sendiri. Sikap penganjur yang kurang professional memberhentikan lebih 1300 orang sukarelawan. "Kira-kira 1300 sukarelawan diberhentikan hari ini melalui SMS malam tadi walhal kontrak kami sepatutnya tamat pada 22 November ini, maksudnya tiga hari lagi, bukan saat ini," jelas Yogi Vitagora kecewa.





  • "Majoriti sukarelawan ini mahasiswa dan mahasiswi. Gaji mereka 200,000 (RM70) tetapi sebilangan mendakwa mereka hanya menerima sekitar 170,000 sahaja sehari sebab ada pihak didakwa mengambil komisyen 30,000 bagi setiap sukarelawan setiap hari,"



  • Korupsi yang berlaku ini terus dibantah oleh sukarelawan ini yang berkumpul untuk bertemu dengan (INASOC).  Mereka semua membantah sikap penganjur yang memberhentikan mereka dengan cara SMS sahaja.





  • Keselamatan di Indonesia makin menjadi isu yang paling hangat diperkatakan oleh seluruh masyarakat di Asia Tenggara, isu kaunter tiket yang dibakar oleh penyokong Indonesia menyaksikan keadaan Indonesia tidak dapat dikawal dan keselamatan yang sangat teruk yang disediakan oleh penganjur Indonesia. Pagi semalam, media tempatan memaparkan aksi ganas sebilangan penyokong bola sepak Indonesia berang akibat gagal mendapatkan tiket pertandingan akhir bola sepak lalu menendang serta membakar kaunter menjual tiket. Sebahagian penyokong Indonesia bersikap agresif dengan membakar kaunter tiket di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.




  • Dua maut di Stadium Gelora Bung Karno akibat dipijak ketika para penyokong Indonesia ingin menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Indonesia. Terkini, laman sesawang Indonesia melaporkan berita 2 maut di Gelora Bung Karno, klik di sini manakala 7 lagi penyokong tercedera dan kini dirawat di hospital.




  • Indonesia juga gagal dalam memberikan siaran yang baik kepada media-media yang membuat liputan, seringkali pelbagai masalah gangguan visual dihadapi oleh media-media yang beroperasi pusat media. Papan markah elektronik juga tidak berfungsi membuatkan para pengulas sukan tertanya-tanya akan keputusan terkini para atlet. Masalah ini berterusan sehingga hari terakhir temasya berkenaan.


 Permasalahan ini menunjukkan kegagalan tuan rumah Indonesia yang gagal menjadi penganjur yang baik sehingga terdapat kecaman dari negara-negara Asia Tenggara yang lain. Perkara ini telah mengukir sejarah hitam buat Indonesia selaku penganjur yang gagal menunjukkan kehebatan dalam menganjurkan acara yang besar.

TERBUNUH : Pengadil Final Bola Sepak Sea Games Di Tembak


aku nak share posting ni ngn korang semua..artikel ini aku peroleh dari (http://forum.vivanews.com/aneh-dan-lucu/233201-%5Bhot-news-%5D-wasit-yang-memimpin-pertandingan-malaysia-vs-indonesia-mat.html)








Jakarta - Wasit Tojo Minoru asal Jepang yang memimpin pertandingan Final Seagames 2011 antara Malaysia vs Indonesia tadi malam menemui ajalnya, tidak lama berselang setelah selesai memimpin pertandingan antara Malaysia vs Indonesia, Wasit Tojo Minoru tewas tertembak tepat di kepala oleh orang yg tidak dikenal, yang diduga seorang penembak jitu.

Beberapa saksi mengatakan bahwa kejadian itu begitu cepat terjadi tiba tiba saja terdengar suara tembakan dua kali berturut - turut yang diduga berasal dari salah satu kamar hotel yang tidak jauh dari Stadion Gelora Bung Karno, tempat di mana pertandingan Malaysia vs Indonesia diadakan semalam.

Sementara itu, saat ini kepolisian setempat sedang menyelidiki keterkaitannya di mana saat itu Wasit Tojo Minoru menganulir dua gol Indonesia yang dilakukan oleh Octo Maniani dan Titus Bonai ke gawang Malaysia yang tidak disahkan oleh wasit karena offside.

Sampai berita ini diturunkan, Pelaku penembakan belum diketahui dan dipastikan nggak bakalan diketahui, karena gw keburu bangun dari tidur gw, setelah semalam kecewa dengan hasil Malaysia vs Indonesia dan keputusan wasit. 
Ternyata gw cuma mimpi ,,,hohohoho




aku punya lah pikir betul...siot jer kaki forum Indonesia ni...Pape pun Malaysia menang dah...

EGO : Rahmad Darmawan Akur Indonesia Lemah



Keangkuhan pelatih Indonesia ini akhirnya terjawab dengan kekalahan kali kedua ditangan Malaysia. Rahmad Darmawan yang merupakan jurulatih pasukan Garuda Muda U23, mengakui kegagalannya melatih pasukannya dengan baik.

Rahmad Darmawan yang sebelum ini begitu angkuh ketika perlawanan pertama yang menyaksikan kemenangan Malaysia adalah disebabkan barisan yang diturunkan adalah barisan pemain lapisan semata-mata. Rahmad Darmawan juga bertekad ingin membalas dendam keatas Malaysia. Rahmad Darmawan juga begitu yakin pingat emas acara paling utama Bola Sepak ini bakal diraih oleh Indonesia setalah 20 tahun menantikannya. Kali terakhir Indonesia memenanginya adalah tahun 1991 di Filipina.

Namun, impian Rahmad Darmawan dan ratusan juta rakyat Indonesia tidak kesampaian apabila sekali lagi pasukan Malaysia berjaya mengalahkan Pasukan Indonesia dalam tempoh seminggu. Rahmad Darmawan juga mengakui pemain Malaysia mempunyai mental yang kuat serta mampu melawannya dengan sorakkan ratusan ribu penyokong Indonesia di Gelora Bung Karno, semalam. Beliau juga mengatakan pasukannya begitu lemah dalam mentalnya sehingga mereka dikalahkan oleh pasukan Malaysia.



Beliau sekali lagi memohon maaf kepada semua rakyat Indonesia kerana beliau telah gagal dalam misinya untuk membalas dendam keatas Malaysia serta telah menghampakan penyokong Indonesia di lamannya sendiri. - TRIBUNNEWS.COM

Monday 21 November 2011

GAGAL : Myanmar Akui Penganjur Indonesia Gagal



Setelah Thailand mengakui kegagalan Tuan Rumah Indonesia dalam menganjurkan Sukan Sea Ke-26 ini. Seterusnya Negara Myanmar pula mengatakan Indonesia turut gagal dalam memberikan kemudahan pada atlet dan pegawai sukan yang bertandang. Myanmar yang merupakan bakal tuan rumah untuk Sukan Sea Edisi ke-27 ingin mengambil iktibar daripada kegagalan yang ditunjukkan tuan rumah Indonesia.

Sejak dari sebelum Sukan Sea lagi bermula pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh Indonesia dengan kegagalan menyediakan kemudahan yang sempurna, penyiapan gelanggang pertandingan serta pelbagai isu-isu yang melibatkan dana. Perkara ini sekaligus memberikan gambaran kepada Indonesia yang belum sedia mengahadapi Sukan Sea ini. Mereka telah memberikan alasan pemerintah yang telah gagal mengeluarkan dana dengan pantas untuk pembiayaan sukan berkenaan.

Myanmar mengkritik Indonesia yang telah sejak daripada hari pembukaan lagi ketika di Stadium Gelora Sriwijaya yang hanya mampu menampung 40 ribu orang sahaja dan membuatkan ramai yang tidak dapat masuk kedalam stadium berkenaan dan membuat rusuhan di luar perkarangan stadium (sumber AFP- id.berita.yahoo.com).

Stadium berkenaan tidak ada pengasingan untuk entrance VIP dengan masyarakat umum dan ini sekaligus memberikan impak kepada ciri-ciri keselamatan yang sangat longgar. Selain itu, sistem teknikal, fasiliti, dan pengangkutan juga kurang sempurna kepada para atlet dan pegawai sukan di seluruh Asean.

Myanmar bakal menjadi Tuan Rumah Sukan Sea Ke-27 dan Singapura terpilih untuk edisi yang ke-28 pada tahun 2015.

TERKINI : 10 Penyokong Indonesia Maut



Setelah mengalami kekalahan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, sekali lagi sejarah hitam terpalit apabila seramai 10 orang pendukung timnas Indonesia akhirnya tewas akibat dipijak oleh penyokong-penyokong yang sedang masuk ke Stadium Gelora Bung Karno.

Mereka yang sedang memasuki ke stadium telah maut dipijak oleh penyokong lain ketika sedang masuk ke Entrance stadium. Berita ini sekali gus menambahkan lagi kedukaan rakyat Indonesia yang baru selepas gagal memperoleh kemenangan keatas Malaysia.

Walau bagaimanapun, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera, dan kami di Malaysia turut bersimpati dengan kejadian ini. Takziah dari saya dan seluruh rakyat Malaysia buat Indonesia.

INDONESIA MALU LAGI : Garuda Muda Gagal Ganyang Malaysia!!!



Akhirnya ibu segala pingat milik Malaysia. Ternyata Pasukan Malaysia merupakan pasukan terbaik di Asia Tenggara. Sang Garuda sekali lagi menghampakan 100 000 penyokong Indonesia yang berada di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.




Akhirnya Indonesia harus menerima hakikat bahawa Malaysia adalah pemenang pingat emas Bola Sepak Sukan Sea Ke-26. Sikap kebiadapan rakyat Indonesia akhirnya terjawab dengan kemenangan kepada Malaysia. Kemenangan ini dihukum dengan kekalahan dua kali berturut-turut dalam tempoh seminggu.



Kemenangan ini telah memadamkan keegoaan hampir 100 000 penyokong Indonesia yang sentiasa memboikot pemain Malaysia setiap kali memegang bola. Walau bagaimanapun pasukan Indonesia telah tewas  di tangan Malaysia buat kali ke-6.

Sunday 20 November 2011

TERKINI : "Angry Bird" Itu Benar Bukan Garuda



ha3...saje jer letak tajuk mcm ni sebab sekarang ni semua sibuk perkatakan tentang Mitos Burung GAruda yang bakal menentang pasukan Harimau Muda..hehehe....nampak macam isu yang besar tetapi hanya sekadar informasi suka-suka sahaja. Jika semalam ada entry mengenai Doraemon, hari ni aku nak share satu koleksi burung-burung yang selalu digunakan oleh budak-budak perempuan, sebab diorang selalu layan burung ni. (berdasarkan pemerhatian ldkdm lah). Jom tengok karakter ni.. Korang suka yang mana??semua nya comel sangat2...

MISTERI : Doraemon Yang Sebenar



ldkdm dah lama tak kongsi cerita-cerita yang macam ni. Asyik isu Indonesia jer yang aku kongsi kat blog ni..Now, aku nak kongsi gambar ni, comel gilakkkk biler kucing ni kene warnakan bulu dier mcm ni..ha3..dah mcm animasi doraemon...smart2....Aku nk warnakan kucing aku warna harimau lah...Go..Go..Go..Harimau Muda!!haahahahaha

Friday 18 November 2011

MEMALUKAN : Thailand Kecam Cara Indonesia Menang



Ini merupakan salah satu acara yang memalukan dan telah menjatuhkan kredibiliti sukan Pencak Silat. Itulah yang mampu diperkatakan di sini apabila Indonesia yang berwarna biru hanya bermain-main digelenggang dan hanya memberikan serangan yang ringan seperti menggigit pemain Thailand yang berwarna merah.

Atlet Indonesia berlari-lari digelanggang dan terpaksa menggunakan pengadil untuk menghalang serangan atlet Thailand. Atlet Indonesia hanya memerlukan sorakkan sahaja untuk menang. Berita ini telah tersebar diseluruh Thailand yang mengecam cara penjurian pengadil yang berpihak kepada atlet Indonesia.




"Melarikan diri dan bergolek-golek diatas podium serta menggunakan badan pengadil untuk menghalang dari menerima serangan, Adakah itu cara untuk menang?" perkara ini telah mendapat liputan yang meluas oleh media Thailand yang tidak bersetuju kemenangan keatas Indonesia yang hanya menang dari sorakkan semata-mata.

TERKINI : Indonesia Penganjur Sukan Sea Paling Teruk Dalam Sejarah



Inilah perkara yang seringkali ditakuti oleh setiap kali pengajuran sesuatu acara besar. Namun inilah yang berlaku  kepada tuan rumah Sukan Sea ke-26 iaitu Indonesia yang telah gagal menganjurkan temasya Sukan Sea ke-26. Baru hari kelapan kejohanan ini, tetapi pelbagai rungutan yang didapati daripada para pegawai sukan dari 10 buah Negara yang bertandang ke Indonesia.


  • Temasya yang terbesar dirantau ini telah dicemarkan dengan insiden kerosakan teknikal yang berlaku semasa upacara pembukaan lagi. Upacara pembukaan ini telah dicemari dengan masalah teknikal oleh hos penyiar rasmi TVRI.



  • Keesokkan harinya pula berlaku insiden keracunan oleh atlet-atlet pada temasya kali ini yang mendakwa penganjur telah menyedia makanan yang tidak bersih diberikan kepada para atlet.



  • Bagi penonton diseluruh negara Asean yang lain pasti akan mendapati bahawa terdapat gangguan semasa siaran langsung dan seringkali visual kurang memuaskan berlaku sejak dari hari pertama kejohanan.

  • Belum pernah berlaku dalam sejarah bola sepak di dunia, pasukan yang bertandang perlu menggunakan kereta kebal/baracuda untuk berlawan, tetapi ini berlaku semasa perlawanan bola sepak Malaysia dan Indonesia.


  • Seramai 2000 atlet dan pegawai sukan terpaksa tidur di kapal tentera akibat masalah serius di Palembang.

  • Papan markah elektronik bagi setiap perlawanan sering sahaja tidak dapat disiarkan kerana kegagalan pengendalian teknikal dengan baik. Oleh itu, para atlet terpaksa menunggu agak lama untuk mengetahui markah yang diperoleh.

  • Penyokong tuan rumah gagal menghormati negara lain, dan perkara ini telah diakui oleh Pasukan Thailand yang menyatakan bahawa penyokong Indonesia tidak langsung memberikan sokongan moral kepada atlet-atlet lain atas dasar semangat kesukanan.

  • Atlet-atlet negara lain diganggu konsentrasinya oleh penyokong Indonesia dalam setiap acara. Perkara ini dapat dilihat melalui acara Terjun yang memerlukan fokus yang tinggi oleh para penerjun untuk melakukan terjunan. Namun, walaupun telah diperingatkan, penyokong Indonesia tidak mempedulikannya.

  • Media yang membuat laporan Suka Sea ke-26 dilayan dengan kurang baik. Perkara ini berlaku kepada petugas Media Malaysia TV3 yang diusir daripada membuat liputan di Pusat Akuatik untuk acara terjun.

  • Penyokong Indonesia tidak mahu menerima kekalahan dan bertindak ganas di luar Stadium Gelora Bung Karno, selepas tewas ditangan Malaysia. Sikap ini telah mencemarkan imej Sukan Sea kali ke-26 di Indonesia.

  • Paling mengecewakan apabila lagu Negaraku tidak dihormati langsung oleh penyokong Indonesia semasa perlawanan Malaysia dan Indonesia, sebelum sepak mula dilangsungkan. Perkara ini menunjukkan kebiadapan penyokong Indonesia kepada negara luar.




Temasya Sukan Sea pada kali ini dianggap terburuk oleh negara-negara yang menyertainya dan cara pengadilan juga agak keterlaluan yang lebih kepada pasukan tuan rumah. Namun yang paling menjejaskan Sukan Sea ke-26 Jakarta-Palembang ialah sikap fanatik penyokong Indonesia yang mengenepikan semangat kesukanan.


ANGKUH : Indonesia Terus Bangga Dengan Kutipan Emas Mereka

Penyokong Indonesia selaku tuan rumah Sukan Sea 2011 terus menunjukkan keangkuhannya dengan membandingkan kutipan pingat emasnya dengan negara yang lain. Kutipan pingat yang telah mencapai angka 100 itu banyak disumbangkan melalui sukan yang bersifat subjektif berbanding kiraan mata.




Kehebatan Indonesia jelas kepada sorakannya yang mempengaruhi para pengadil. Perkara ini dapat dilihat melalui acara yang bersifat subjektif, sudah pasti mana-mana negara yang bertemu dengan Indonesia pasti akan tewas dengan pasukan tuan rumah. Namun begitu, perkara ini ditambahkan lagi dengan sikap penyokong mereka yang sangat fanatik sehingga mencetuskan ketidakpuasan hati penyokong negara lain.

Tidak banyak yang perlu diperkatakan, cuma Malaysia seharusnya berbangga kerana telah berjaya mencapai target pingat iaitu sebanyak 40 pingat emas. Atlet Malaysia yang dihantar pada temasya kali ini adalah atlet pelapis dan bukan atlet professional seperti dikejohanan besar.




Jika dibandingkan dengan Sukan Asia Di Guangzhou, China tahun 2010, Malaysia dan Thailand sebenarnya merupakan gergasi Asia yang berada dikedudukan 10 Negara yang terbaik berbanding Indonesia yang hanya sekadar menduduki tangga ke-15 dengan hanya memungut 4 pingat emas sahaja.

Oleh itu, Kita sendiri boleh berfikir dimana kita sebenarnya. Jangan terlalu sombong dan angkuh dengan memperlekehkan negara yang lain kerana sebenarnya mereka adalah terbaik berbanding anda...

PERANG : Penyokong Indonesia Terus Mengecam Malaysia



Perang Siber!!! Ini bukan perkara yang baru bagi Negara Malaysia, apabila sikap segelintir penyokong yang tidak mampu menerima kegagalan Tim Nasionalnya untuk menundukkan Malaysia. Sebaliknya berlaku keributan dipelbagai laman sosial yang kedua-dua penyokong pasukan berbalas komen dan ada yang mengutarakan pelbagai isu yang sememangnya lari daripada landasan sebenar iaitu mengenai perihal Bola Sepak di Sukan Sea 2011.


Kebanyakkan negara yang mengambil bahagian bersependapat bahawa Indonesia bukanlah penganjur yang baik dan mereka gagal dalam usaha membendung sikap fanatik penyokongnya yang telah mencemarkan semangat kesukanan yang sebenarnya.

Walaupun hanya melibatkan satu pingat emas sahaja, Perlawanan Bola Sepak sangat menjadi tumpuan kepada semua. Kekalahan Tim Nasional Indonesia kepada Malaysia telah mengundangkan pelbagai ketidakpuasan hati penyokong Indonesia yang sentiasa mengecam Malaysia.



"Malaysia ialah Israel Asia Tenggara"
"Maling-sia, Pencuri Kebudayaan"
"Malingsia Maju karna Korupsi"
"Malingsia Anjing Inggeris"
"Ayo Indonesia Ganyang Malingsia"
"Dasar Maling nggak Punya Hati"
"Malingsia Mali Donk, Punya Kemerdekaan dari Kasihannya Inggeris,
nggak spt Indonesia ats usaha sendiri"







Demikian beberapa komen yang sempat diambil oleh penyokong Indonesia yang telah terus memaki hamun negara Malaysia. Sikap ini terus dikecam dan ianya dipersetujui oleh kebanyakkan kontijen negara lain yang menyatakan sikap penyokong Indonesia yang telah melampaui batas. Mereka sanggup tidak menghormati lagu negara yang lain dan tidak menghormati para ahli sukan yang bertandang di sana.



Kemarahan penyokong Indonesia terus memuncak apabila skuad pimpinan Rahmad Darmawan telah tewas ketangan Malaysia dan telah mengecawakan ratusan juta rakyat Indonesia yang ingin Malaysia diganyang oleh Indonesia. Insiden penyokong Indonesia yang terlalu fanatik ini telah memakan dirinya sendiri dan perlu akur dengan keputusan bahawa Indonesia tewas 1-0 kepada Malaysia walaupun barisan utama mereka telah dikeluarkan pada separuh masa yang kedua.









ANGKUH : Malapetaka Buat Penyokong Indonesia



Itulah yang mampu diperkatakan disini apabila lebih 100 000 penonton atau penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno hampa dengan aksi yang ditunjukkan oleh pemain Garuda Muda bagi memperoleh kemenangan sekaligus menjadi Juara Kumpulan A.





Kebiadapan penyokong Indonesia dapat dilihat ketika acara pembukaan perlawanan lagi apabila hampir kesemua 100 000 penyokong Indonesia menyebut perkataan " Maling sial " (pencuri sial) ketika lagu Negaraku sedang dimainkan. Sikap penyokong Indonesia ini telah menunjukkan kebiadapan mereka yang tidak mengormati Negara Malaysia. Namun perkara ini telah diambil secara professional oleh kesemua pemain Malaysia yang berjaya mengatasi serangan Psikologi oleh Penyokong Indonesia.


" Ayo Indonesia, Ganyang Malaysia " itu merupakan salah satu banner yang di bawa oleh penyokong Indonesia. Sikap penyokong Indonesia ini telah menunjukkan kehebatan ketamadunan bangsa Indonesia yang sangat mereka sanjungi.



Kerakusan penyokong Garuda Muda ini akhirnya berakhir apabila Malaysia berjaya membolosi gawang Indonesia pada minit ke-16 dengan jaringan yang dilakukan oleh Syahrul Azwari. Penyokong Indonesia akhirnya terdiam dengan Gol pertama yang dilakukan oleh Syahrul Azwari dan sekligus merobek keangkuhan penyokong Indonesia.

Bencana terus menimpa penyokong Indonesia yang meninginkan Gol penyamaan. Namun, mereka gagal membolosi gawang Malaysia walaupun telah membariskan pemain-pemain utama mereka di separuh masa kedua. Sudah jatuh ditimpa tangga, itu lah yang sesuai digambarkan kepada penyokong Garuda yang begitu sombong dan angkuh dan masih tidak mahu menerima kekalahan timnas Indonesia ketangan Malaysia dan seterusnya menjadi Malaysia sebagai pasukan tidak pernah tewas dan menjadi juara kumpulan A.

Thursday 17 November 2011

SITI : Stress Tengok Bola Malaysia Vs Indonesia



Ini lah luahan perasaan penyanyi No 1 Asia Tenggara, Datin Seri Siti Nurhaliza yang menyaksikan pertembungan antara Malaysia menentang tuan rumah Indonesia. Tak senang duduk Datuk Siti tengok perlawanan Harimau Muda dengan Garuda Muda. Siti yang demam ketika perlawanan itu akhirnya menyatakan bahawa dia sudah baik demam selepas selesai sahaja menyaksikan perlawanan dua negara itu. Siti meyatakan perkara ini melalui twitternyam ketika perlawanan antara kedua buah pasukan ini sedang berlangsung..





Situ juga menyatakan bahawa, " adakan konsert pun tidak stress berbanding menyaksikan perlawanan ini". Pertemuan antara Indonesia dan Malaysia ini adalah untuk menentukan juara Kumpulan A, untuk Sukan Sea 2011. Malaysia telah membenamkan Indonesia dengan jaringan 1-0 sekaligus menjadi juara Group A, di Stadium Gelora Bung Karno semalam.

Wednesday 16 November 2011

BOIKOT : Penyokong Indonesia ingin "Ganyang" Malaysia




Skuad Bola Sepak Negara bawah 23 tahun akan menentang tuan rumah Sukan Sea 2011, Indonesia. Skuad Bola Sepak dibawah pimpinan Ong Kim Swee ini, telah berjaya menempah tiket ke separuh akhir. Ketua Kontijen Malaysia menasihatkan kepada semua penyokong Malaysia supaya mengambil langkah berhati-hati jika ingin menyaksikan perlawanan di Stadim Gelora Bung Karno, Jakarta. Beliau juga menyatakan bahawa sikap penyokong Indonesia yang sentiasa memboikot setiap perlawanan atlet Malaysia merupakan salah satu sikap yang telah mencemarkan semangat kesukanan yang sepatutnya.




Setiap kali perlawanan Malaysia, penyokong Indonesia akan memboikot dengan menyokong pasukan lain, perkara ini terjadi ketika Malaysia menentang Kemboja yang memperlihatkan sikap penyokong Indonesia. Oleh itu, beliau menasihatkan kepada semua penyokong Malaysia juga wartawan Malaysia yang bakal menyaksikan perlawanan esok supaya berhati-hati dan menjaga keselematan diri kerana perlawanan esok bakal dipenuhi lebih daripada 90 ribu orang penyokong Indonesia dan pasti penyokong ini akan memboikot Malaysia seperti yang berlaku kepada pasukan Thailand. "Ganyang Malaysia" Itulah perkataan yang bakal dilakukan oleh penyokong Indonesia.

Thursday 10 November 2011

Wajib Tonton : Ketidaksempurnaan Itu Adalah Yang Sempurna



Jom layan video ni..Walaupun video ni ringkas, tetapi maksud nye sangat mendalam..ketidaksempurnaan seseorang bukanlah bermaksud dia tidak bagus..tetapi itulah yang akan kita rindui nanti...Mula-mula tengok, igtkan Mrs. David ni nak cerita yang pelik-pelik pasal mendiang suami dia, tapi dia ada bagi satu nasihat untuk mereka yang akan menikah...jom layan...apa yang baik kita ambil ok...Cinta Sejati, perlu dicari, sebab itu adalah masa depan kita...hargailah pasangan anda semasa dia masih hidup...jom layan k..jgn lupa click butang shared di twitter,blog,fb utk berkongsi dengan rakan anda..

Lucu : Aksi Prank TV X-Ray Paling Smart



bayangkan kalau tiba-tiba tv mcm ni ada dalam kehidupan kita...hahahaha..memang giler kentang r...orang yang dalam video ni pulak leh pulak percaya..hahaha..tak tutup mulut pun ada..hahaha..nseb baik warna hitam..kalau warna warni???hahahaha...


Lawak : Kantoi Main Raba Kaki



jom layan video ni...hahahaha...siot jer kene kan orang...sapa suruh melayan..amik ko..hahahaa...


Bongkar : Rahsia Tarikh 11.11.11


Hari Ini Dalam Sejarah.

11-11-11, tarikh yang di anggap keramat bagi sesetangah orang, bahkan sesetengah kaum. Tarikh yg hanya akan muncul sekali dalam 100 tahun. Hari ini, Jumaat ini, genap 100 tahun setelah tarikh 11-11-1911. Genap satu kurun telah berlalu, bererti kurun baru akan bermula pada esok hari.

Seiring dengan era globalisasi, ramai org beranggapan ia adalah satu tarikh yg blh kita jadikan sbgi tarikh pertunangan, majlis2 keramaian, majlis perpisahan atau pergi keluar menonton wayang dengan teman2. Mengikut kalender kaum Mayan, mereka beranggapan bahawa pada tarikh keramat inilah bermya satu kitaran hidup yg baru. Mungkin dari buruk ke arah baik, atau buruk ke arah yg lebih kelam dan suram.

Tapi, kita sbgi org Islam perlu ingat akan pesan Junjungan Baginda SAW, setiap 100 tahun akan muncul seorang pembaharu (mujaddid) dlm agama yg akan meninggikan semula martabat Islam. Di Malaysia pula, tak kurang juga ada ura-ura mengatakan hari ini lah Parlimen Malaysia akan di bubarkan. Bererti, negara kita sedang di ambang Pilihan Raya Umum kali ke-13. Sejauh mana kebenarannya, nantikan sehingga malam esok...

Tapi apa2 pun, hari ni jangan lupa sembahyang jumaat k...hahaha..selamat utntuk mereka yang akan bernikah pada hari ini..salam semuanya..


Wednesday 9 November 2011

Selingan : Apa Itu Sahabat?





Simple but nice..itu yang ldkdm nk kongsi ngn korang semua...hahaha...nk abadikan dalam blog ni..


Persahabatan itu bagai bayang-bayang
tetap ada walau dalam kelam .


Persahabatan itu bagai pelangi
tetap hadir setelah hujan berhenti .

Persahabatan itu bagai air mata
tetap mengalir dalam tawa dan duka . (^^,)'

#Nasihat dari ustaz Ryan Ezad Mohd Raof, jagelah hubungan
persahabatan anda . jangan gaduh2 . tak elok . titiber je * hahahah ! :P






TQ kepada orang yang bg share ni..

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...