I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 6 April 2012

PANAS : Cerita Suami Dato' Siti Nurhaliza 'Datuk K' Dengan Janda Anak Dua?






4 Apr – 17 tahun beliau berada dalam dunia hiburan dan pelbagai dugaan yang menimpa dirinya, namun bagi penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, dia tetap kebal bak perisai. Baru-baru ini telah tersebarnya khabar angin yang mengatakan suami Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa atau lebih dikenali sebagai 'Datuk K', didakwa mahu berkahwin dengan pelakon jelita berstatus janda anak dua, Rozita Che Wan.

Khabar angin tersebut telah sampai ke telinga Siti dan reaksi Siti apabila mendengar khabar angin tersebut seperti tidak berasa apa-apa.
"Sebelum ini, gosip yang sama pernah disebarkan dan sekali lagi diperkatakan baru-baru ini. Ketika membacanya, Siti langsung tak rasa apa-apa, jauh sekali mahu bertanya pada suami Siti kerana Siti tahu semuanya tak betul," kata Siti kepada Harian Metro.

Penyanyi berusia 33 tahun turut memberitahu sebagai isteri, beliau lebih kenal siapa suaminya dan tidak ada sebab untuknya curiga dengan suaminya. Malahan Siti pula berasa kesian dengan Datuk K apabila rakan-rakannya bertanyakan tentang khabar angin tersebut.

"Dia nampak sangat tertekan dan tak selesa namanya diheret lagi ke dalam gosip sebegini sehingga Siti pula terpaksa menenangkannya," ujarnya lagi.

Mengulas laporan akhbar Jumaat lepas yang mengatakan Rozita Che Wan mahu berkahwin dengan Datuk K, pelakon yang berasal dari utara tanah air menafikan sekeras-kerasnya dan dikatakan mahu menyaman penyebar fitnah tersebut kerana ia boleh menjejaskan reputasi dan mengaibkan maruahnya.

"Susah hendak menjejaki individu yang terbabit menyebarkan fitnah itu sebab identiti mereka kurang jelas. Sekarang ini, apa yang Siti mampu lakukan adalah berdoa kepada Allah S.W.T. Hanya Dia yang tahu tahap kesabaran Siti selama ini. Siti berdoa agar dosa penyebar fitnah ini diampunkan kerana dosa orang fitnah itu lebih besar daripada membunuh," katanya lagi.

Pada masa sama, Siti memberitahu bahawa tidak terdetik langsung untuknya membenci Rozita, kerana beliau sedar bahawa aktres tersebut juga menjadi mangsa keadaan.
"Tiada sebab untuk Siti bermasam muka dengan Rozita kerana dia pun mangsa fitnah. Lagipun, setiap hari DK bersama Siti. Habis kerja, DK akan pulang ke rumah dan Siti tidak nampak kenapa Siti perlu curiga,"jelas Siti.

Sementara itu, Siti baru sahaja meraikan ulang tahun ke 17 tahunya menjadi anak seni pada 1 April lalu, dengan tahun ini Siti menjanjikan pelbagai projek bakal dibuat antaranya konsert jalanan di Kuala Lumpur, rakaman album Melayi, Inggeris dan di Indonesia dan juga melancarkan rangkaian produk terbaru SimplySiti.

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...