I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, 24 November 2011

BERDAMAI : Malaysia Dan Indonesia Adalah Saudara



Bismillahirahmanirrahim....Salam Sahabat buat semua warga Malaysia dan Indonesia...

Pertikaian dan kebencian makin memuncak saat perlawanan antara dua negara jiran ini di Final Bola Sepak Sukan Sea 2011.

Perlawanan yang penuh dengan kebencian, emosi dendam ini telah menjadi satu fenomena yang sangat luar biasa antara Indonesia Malaysia. Bagi aku, kalah dan menang memang adat dalam pertandingan tetapi perkara ini menjadi semakin serius tatkala terdapat pelbagai hasutan dari media dan mereka yang berada disekeliling.

100 000 lebih penyokong Indonesia datang ke GBK, Gelora Bung Karno ingin melihat pertandingan yang penuh dengan pertikaian antara kedua belah pihak. Mereka datang dengan kebencian, dendam, dan datang dengan satu harapan untuk membinasakan pasukan Malaysia.

Namun, perkara ini tidak kesampaian, kerana Indonesia tidak berhasil mengalahkan Malaysia atas sebab tiada peluang dan nasib tidak menyebelahinya. Jujur disini, aku dapat lihat warna-warna kebencian, dendam, didalam mata setiap penyokong Indonesia di GBK.


Mereka sendiri dapat menunjukkan sikap kerjasama dan kenapa kita sebagai yang menyaksikan nya tak dapat hentikan dendam dan kebencian..sebenarnya kita boleh..

Begitu juga Malaysia, yang telah berusaha untuk menghentikan gangguan ini dengan berjaya menghasilkan kejayaan buat warganya.

Namun persoalannya adalah perkara yang berlaku selepas itu, yang telah dikatakan satu fenomena yang luar biasa. Serangan demi serangan dilakukan antara kedua-dua buah negara melalui laman-laman sosial. pelbagai dendam kesumat dilemparkan dan cacian, makian diungkapkan atas dasar ketidakpuasan hati.



Malaysia dan Indonesia adalah satu sahabat yang telah menjangkau ratusan tahun lamanya,
Mereka adalah satu warga yang serumpun,
Mereka adalah satu saudara yang terbesar di muka bumi ini,
Mereka pernah jadi satu bangsa yang hebat ketika dahulu,
Mereka lahir di kawasan yang sama dahulunya,
Mereka adalah negara yang boleh menggegarkan dunia.

Aku wakil 27 juta rakyat Malaysia, akan terus menyokong orang yang cuba mengembalikan persaudaraan ini
dan aku harap 280 juta rakyat Indonesia juga dapat menerimanya dan kita saling berusaha untuk pembangunan negara yang kita cintai dan sanjungi



"Jujur di sini aku mengakui pernah mengkritik, dan mengecam Indonesia, tapi sampai bila perkara ini harus berlaku??sampai bila pertikaian ini harus dilanjutkan??sampai kita mati sekalipun perkara ini tidak akan habis jika kedua-duanya sombong dan angkuh...

Dengan nama Allah yang maha mengetahui dan mengasihani, aku hambamu yang maha lemah, memohon agar engkau lembutkan hati kedua-dua rakyat negara ini Ya Allah, agar dapat menjadi satu bangsa yang hebat dan tidak ada lagi persengketaan antara kedua-duanya...

Terima kasih kepada semua yang membacanya, Aku mohon kemaafan dan aku percaya persaudaraan antara kedua-dua negara ini adalah yang terbaik.. Thx kat sape yang share artikel ini kepada semua...thx kawan2 salam sahabat untuk selama-lamanya Malaysia dan Indonesia....

like page ni, dr member aku dr Indonesia Persahabatan Indonesia-Malaysia Dan ASEAN jom sokong page ni...

2 comments:

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...