I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 18 November 2011

ANGKUH : Malapetaka Buat Penyokong Indonesia



Itulah yang mampu diperkatakan disini apabila lebih 100 000 penonton atau penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno hampa dengan aksi yang ditunjukkan oleh pemain Garuda Muda bagi memperoleh kemenangan sekaligus menjadi Juara Kumpulan A.





Kebiadapan penyokong Indonesia dapat dilihat ketika acara pembukaan perlawanan lagi apabila hampir kesemua 100 000 penyokong Indonesia menyebut perkataan " Maling sial " (pencuri sial) ketika lagu Negaraku sedang dimainkan. Sikap penyokong Indonesia ini telah menunjukkan kebiadapan mereka yang tidak mengormati Negara Malaysia. Namun perkara ini telah diambil secara professional oleh kesemua pemain Malaysia yang berjaya mengatasi serangan Psikologi oleh Penyokong Indonesia.


" Ayo Indonesia, Ganyang Malaysia " itu merupakan salah satu banner yang di bawa oleh penyokong Indonesia. Sikap penyokong Indonesia ini telah menunjukkan kehebatan ketamadunan bangsa Indonesia yang sangat mereka sanjungi.



Kerakusan penyokong Garuda Muda ini akhirnya berakhir apabila Malaysia berjaya membolosi gawang Indonesia pada minit ke-16 dengan jaringan yang dilakukan oleh Syahrul Azwari. Penyokong Indonesia akhirnya terdiam dengan Gol pertama yang dilakukan oleh Syahrul Azwari dan sekligus merobek keangkuhan penyokong Indonesia.

Bencana terus menimpa penyokong Indonesia yang meninginkan Gol penyamaan. Namun, mereka gagal membolosi gawang Malaysia walaupun telah membariskan pemain-pemain utama mereka di separuh masa kedua. Sudah jatuh ditimpa tangga, itu lah yang sesuai digambarkan kepada penyokong Garuda yang begitu sombong dan angkuh dan masih tidak mahu menerima kekalahan timnas Indonesia ketangan Malaysia dan seterusnya menjadi Malaysia sebagai pasukan tidak pernah tewas dan menjadi juara kumpulan A.

2 comments:

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...