I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 18 November 2011

TERKINI : Indonesia Penganjur Sukan Sea Paling Teruk Dalam Sejarah



Inilah perkara yang seringkali ditakuti oleh setiap kali pengajuran sesuatu acara besar. Namun inilah yang berlaku  kepada tuan rumah Sukan Sea ke-26 iaitu Indonesia yang telah gagal menganjurkan temasya Sukan Sea ke-26. Baru hari kelapan kejohanan ini, tetapi pelbagai rungutan yang didapati daripada para pegawai sukan dari 10 buah Negara yang bertandang ke Indonesia.


  • Temasya yang terbesar dirantau ini telah dicemarkan dengan insiden kerosakan teknikal yang berlaku semasa upacara pembukaan lagi. Upacara pembukaan ini telah dicemari dengan masalah teknikal oleh hos penyiar rasmi TVRI.



  • Keesokkan harinya pula berlaku insiden keracunan oleh atlet-atlet pada temasya kali ini yang mendakwa penganjur telah menyedia makanan yang tidak bersih diberikan kepada para atlet.



  • Bagi penonton diseluruh negara Asean yang lain pasti akan mendapati bahawa terdapat gangguan semasa siaran langsung dan seringkali visual kurang memuaskan berlaku sejak dari hari pertama kejohanan.

  • Belum pernah berlaku dalam sejarah bola sepak di dunia, pasukan yang bertandang perlu menggunakan kereta kebal/baracuda untuk berlawan, tetapi ini berlaku semasa perlawanan bola sepak Malaysia dan Indonesia.


  • Seramai 2000 atlet dan pegawai sukan terpaksa tidur di kapal tentera akibat masalah serius di Palembang.

  • Papan markah elektronik bagi setiap perlawanan sering sahaja tidak dapat disiarkan kerana kegagalan pengendalian teknikal dengan baik. Oleh itu, para atlet terpaksa menunggu agak lama untuk mengetahui markah yang diperoleh.

  • Penyokong tuan rumah gagal menghormati negara lain, dan perkara ini telah diakui oleh Pasukan Thailand yang menyatakan bahawa penyokong Indonesia tidak langsung memberikan sokongan moral kepada atlet-atlet lain atas dasar semangat kesukanan.

  • Atlet-atlet negara lain diganggu konsentrasinya oleh penyokong Indonesia dalam setiap acara. Perkara ini dapat dilihat melalui acara Terjun yang memerlukan fokus yang tinggi oleh para penerjun untuk melakukan terjunan. Namun, walaupun telah diperingatkan, penyokong Indonesia tidak mempedulikannya.

  • Media yang membuat laporan Suka Sea ke-26 dilayan dengan kurang baik. Perkara ini berlaku kepada petugas Media Malaysia TV3 yang diusir daripada membuat liputan di Pusat Akuatik untuk acara terjun.

  • Penyokong Indonesia tidak mahu menerima kekalahan dan bertindak ganas di luar Stadium Gelora Bung Karno, selepas tewas ditangan Malaysia. Sikap ini telah mencemarkan imej Sukan Sea kali ke-26 di Indonesia.

  • Paling mengecewakan apabila lagu Negaraku tidak dihormati langsung oleh penyokong Indonesia semasa perlawanan Malaysia dan Indonesia, sebelum sepak mula dilangsungkan. Perkara ini menunjukkan kebiadapan penyokong Indonesia kepada negara luar.




Temasya Sukan Sea pada kali ini dianggap terburuk oleh negara-negara yang menyertainya dan cara pengadilan juga agak keterlaluan yang lebih kepada pasukan tuan rumah. Namun yang paling menjejaskan Sukan Sea ke-26 Jakarta-Palembang ialah sikap fanatik penyokong Indonesia yang mengenepikan semangat kesukanan.


1 comment:

  1. gud entry...tp kalau boleh utk setiap info n fakta yg u publish tu bg la reference/link website biar kami tahu keoriginalitynye...thank you

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...