I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 18 November 2011

ANGKUH : Indonesia Terus Bangga Dengan Kutipan Emas Mereka

Penyokong Indonesia selaku tuan rumah Sukan Sea 2011 terus menunjukkan keangkuhannya dengan membandingkan kutipan pingat emasnya dengan negara yang lain. Kutipan pingat yang telah mencapai angka 100 itu banyak disumbangkan melalui sukan yang bersifat subjektif berbanding kiraan mata.




Kehebatan Indonesia jelas kepada sorakannya yang mempengaruhi para pengadil. Perkara ini dapat dilihat melalui acara yang bersifat subjektif, sudah pasti mana-mana negara yang bertemu dengan Indonesia pasti akan tewas dengan pasukan tuan rumah. Namun begitu, perkara ini ditambahkan lagi dengan sikap penyokong mereka yang sangat fanatik sehingga mencetuskan ketidakpuasan hati penyokong negara lain.

Tidak banyak yang perlu diperkatakan, cuma Malaysia seharusnya berbangga kerana telah berjaya mencapai target pingat iaitu sebanyak 40 pingat emas. Atlet Malaysia yang dihantar pada temasya kali ini adalah atlet pelapis dan bukan atlet professional seperti dikejohanan besar.




Jika dibandingkan dengan Sukan Asia Di Guangzhou, China tahun 2010, Malaysia dan Thailand sebenarnya merupakan gergasi Asia yang berada dikedudukan 10 Negara yang terbaik berbanding Indonesia yang hanya sekadar menduduki tangga ke-15 dengan hanya memungut 4 pingat emas sahaja.

Oleh itu, Kita sendiri boleh berfikir dimana kita sebenarnya. Jangan terlalu sombong dan angkuh dengan memperlekehkan negara yang lain kerana sebenarnya mereka adalah terbaik berbanding anda...

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...