I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 16 November 2011

BOIKOT : Penyokong Indonesia ingin "Ganyang" Malaysia




Skuad Bola Sepak Negara bawah 23 tahun akan menentang tuan rumah Sukan Sea 2011, Indonesia. Skuad Bola Sepak dibawah pimpinan Ong Kim Swee ini, telah berjaya menempah tiket ke separuh akhir. Ketua Kontijen Malaysia menasihatkan kepada semua penyokong Malaysia supaya mengambil langkah berhati-hati jika ingin menyaksikan perlawanan di Stadim Gelora Bung Karno, Jakarta. Beliau juga menyatakan bahawa sikap penyokong Indonesia yang sentiasa memboikot setiap perlawanan atlet Malaysia merupakan salah satu sikap yang telah mencemarkan semangat kesukanan yang sepatutnya.




Setiap kali perlawanan Malaysia, penyokong Indonesia akan memboikot dengan menyokong pasukan lain, perkara ini terjadi ketika Malaysia menentang Kemboja yang memperlihatkan sikap penyokong Indonesia. Oleh itu, beliau menasihatkan kepada semua penyokong Malaysia juga wartawan Malaysia yang bakal menyaksikan perlawanan esok supaya berhati-hati dan menjaga keselematan diri kerana perlawanan esok bakal dipenuhi lebih daripada 90 ribu orang penyokong Indonesia dan pasti penyokong ini akan memboikot Malaysia seperti yang berlaku kepada pasukan Thailand. "Ganyang Malaysia" Itulah perkataan yang bakal dilakukan oleh penyokong Indonesia.

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...