I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 22 November 2011

EGO : Rahmad Darmawan Akur Indonesia Lemah



Keangkuhan pelatih Indonesia ini akhirnya terjawab dengan kekalahan kali kedua ditangan Malaysia. Rahmad Darmawan yang merupakan jurulatih pasukan Garuda Muda U23, mengakui kegagalannya melatih pasukannya dengan baik.

Rahmad Darmawan yang sebelum ini begitu angkuh ketika perlawanan pertama yang menyaksikan kemenangan Malaysia adalah disebabkan barisan yang diturunkan adalah barisan pemain lapisan semata-mata. Rahmad Darmawan juga bertekad ingin membalas dendam keatas Malaysia. Rahmad Darmawan juga begitu yakin pingat emas acara paling utama Bola Sepak ini bakal diraih oleh Indonesia setalah 20 tahun menantikannya. Kali terakhir Indonesia memenanginya adalah tahun 1991 di Filipina.

Namun, impian Rahmad Darmawan dan ratusan juta rakyat Indonesia tidak kesampaian apabila sekali lagi pasukan Malaysia berjaya mengalahkan Pasukan Indonesia dalam tempoh seminggu. Rahmad Darmawan juga mengakui pemain Malaysia mempunyai mental yang kuat serta mampu melawannya dengan sorakkan ratusan ribu penyokong Indonesia di Gelora Bung Karno, semalam. Beliau juga mengatakan pasukannya begitu lemah dalam mentalnya sehingga mereka dikalahkan oleh pasukan Malaysia.



Beliau sekali lagi memohon maaf kepada semua rakyat Indonesia kerana beliau telah gagal dalam misinya untuk membalas dendam keatas Malaysia serta telah menghampakan penyokong Indonesia di lamannya sendiri. - TRIBUNNEWS.COM

1 comment:

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...