I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 22 November 2011

INDONESIA : SEA Games 2011 Paling Lemah Dan Gagal Dalam Sejarah Penganjuran



Berakhir sudah Sukan Sea Jakarta-Palembang 2011 sebentar tadi menyaksikan Indonesia menjadi juara keseluruhan bagi temasya berkenaan. Setelah berakhirnya sukan sea kali ini, maka akan timbul pelbagai suara yang akan menjadi penanda aras kepada sukses atau tidak kejohanan berkenaan.

Ini lah situasi yang paling sukar akan dihadapi oleh setiap penganjur dalam sesuatu kejohanan besar. Indonesia tidak asing lagi dalam penganjuran acara sukan yang besar, tetapi rata-rata media di Asia Tenggara telah menyatakan bahawa Indonesia gagal dalam menjadi penganjur sukan sea yang sukses.


THAILAND

  • Kebanyakkan Media Thailand mengecam Indonesia yang memperoleh kemenangan mudah melalui acara Pencak Silat. Kemenangan ini merupakan dengan cara yang sangat memalukan apabila atlet Indonesia hanya perlu berlari, menangis, menggigit atlet Thailand, serta bersembunyi dibelakang juri. Cara pengadilan hanya bergantung kepada sorakkan penyokong Indonesia semata-mata.



  • Selain itu, media Thailand juga melaporkan penyokong Indonesia sangat fanatik kepada pasukannya sehingga menganggu fokus pemainnya dalam acara Sepak Takraw. Thailand yang merupakan kuasa besar dalam sukan ini mengecam penyokong Indonesia yang tidak mempunyai semangat kesukanan yang sebenar.

  • Thailand juga mengecam kemenengan mudah yang diperoleh Indonesia yang hanya memerlukan sorakkan yang kuat dan para pengadil tidak dapat memberikan keputusan yang adil dan tidak dipengaruhi oleh penonton.




MALAYSIA

  • Sememangnya Malaysia merupakan negara yang paling tidak disukai oleh Tuan Rumah berdasarkan beberapa isu antara kedua-dua buah negara. Spenjang 12 hari kejohanan ini pelbagai provokasi yang diterima oleh Malaysia dalam kesemua acara.


  • Pasukan Bola Sepak Malaysia telah dihalang ketika menuju ke stadium. Walaupun jarak antara hotel penginapan kurang  1km, tetapi akibat penyokong Indonesia, pasukan Malaysia tersekat selama 1 jam didalam bas.



  • Semasa perlawanan Final Pingat Emas, Malaysia – Indonesia, sekali lagi Malaysia terpaksa pulang dengan menaikki Barracuda/kereta kebal bagi tujuan keselamatan para pemain walaupun Indonesia telah berjanji tiada barracuda buat Malaysia tetapi mereka gagal.


  • Di Pusat Akuatik, Media Malaysia TV3 telah dihalang daripada membuat laporan tentang atlet Malaysia. Media Malaysia telah dihalau oleh petugas dengan cara yang kasar.

  • Seperti yang dijangka, penyokong pasukan Indonesia langsung tidak memperlihatkan semangat kesukanan terhadap pasukan lawan, Malaysia. Jeritan Maling (pencuri) dijerit oleh seluruh penonton di stadium sebaik pegawai-pegawai dari skuad Harimau Muda memasuki padang Stadium Utama Gelora Bung Karno sebentar tadi. - Utusan


  • Tumpuan Peserta Malaysia di Pusat Akuatik juga turut diganggu oleh penyokong tuan rumah yang sentiasa “booo” pasukan Malaysia tanda memboikot persembahan atlet Malaysia walaupun telah ditegur beberapa kali tetapi kejadian ini masih tidak boleh dikawal oleh penganjur.


  • Walaupun baru perlawanan di peringkat kumpulan, bola sepak yang merupakan acara terbesar dan ibu segala pingat ini terus mendapat perhatian media seluruh Asia Tenggara. Perlawanan peringkat kumpulan A, Malaysia – Indonesia telah menyaksikan kebiadapan penyokong Tuan Rumah yang tidak menghormati negara lain dengan membuat provokasi semasa lagu NegaraKu dimainkan. Sikap ini telah dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia.



  • Sekali lagi Malaysia diuji dengan Ong Kim Swee dihalau oleh penganjur Indonesia daripada masuk ke gelanggang untuk meraikan anak buahnya yang telah berjaya ke final dengan mengalahkan Vietnam. Tindakan ini tidak wajar kerana beliau digantung satu perlawanan tetapi pada masa itu, perlawanan sudah pun selesai.



MYANMAR

  • Myanmar yang merupakan tuan rumah sukan Sea Edisi ke-27, akan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Indonesia yang telah mempunyai pelbagai kelemahan dalam penganjuran temasya pada kali ini.




  • Langkah keselamatan gagal dititikberatkan oleh Indonesia sehingga semasa upacara pembukaan Sukan Sea Jakarta-Palembang 2011, laluan masuk VIP dan orang awam adalah sama. Perkara ini telah membenarkan keselamatan para jemputan Utama terdedah dengan keselamatan yang kurang diberi perhatian.


  • Myanmar yang merupakan tuan rumah pada edisi akan datang akan menjanjikan temasya yang terbaik dan tidak akan ada masalah terhadap teknikal, pengangkutan, penginapan, dan fasiliti seperti yang berlaku di Indonesia.


  • Myanmar telah terpilih menjadi tuan rumah untuk edisi ke-27 dan Singapura pada edisi ke-28 tahun 2015.


INDONESIA



  • Walaupun menjadi tuan rumah, tetapi Indonesia sendiri telah dikecam oleh rakyatnya sendiri. Sikap penganjur yang kurang professional memberhentikan lebih 1300 orang sukarelawan. "Kira-kira 1300 sukarelawan diberhentikan hari ini melalui SMS malam tadi walhal kontrak kami sepatutnya tamat pada 22 November ini, maksudnya tiga hari lagi, bukan saat ini," jelas Yogi Vitagora kecewa.





  • "Majoriti sukarelawan ini mahasiswa dan mahasiswi. Gaji mereka 200,000 (RM70) tetapi sebilangan mendakwa mereka hanya menerima sekitar 170,000 sahaja sehari sebab ada pihak didakwa mengambil komisyen 30,000 bagi setiap sukarelawan setiap hari,"



  • Korupsi yang berlaku ini terus dibantah oleh sukarelawan ini yang berkumpul untuk bertemu dengan (INASOC).  Mereka semua membantah sikap penganjur yang memberhentikan mereka dengan cara SMS sahaja.





  • Keselamatan di Indonesia makin menjadi isu yang paling hangat diperkatakan oleh seluruh masyarakat di Asia Tenggara, isu kaunter tiket yang dibakar oleh penyokong Indonesia menyaksikan keadaan Indonesia tidak dapat dikawal dan keselamatan yang sangat teruk yang disediakan oleh penganjur Indonesia. Pagi semalam, media tempatan memaparkan aksi ganas sebilangan penyokong bola sepak Indonesia berang akibat gagal mendapatkan tiket pertandingan akhir bola sepak lalu menendang serta membakar kaunter menjual tiket. Sebahagian penyokong Indonesia bersikap agresif dengan membakar kaunter tiket di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.




  • Dua maut di Stadium Gelora Bung Karno akibat dipijak ketika para penyokong Indonesia ingin menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Indonesia. Terkini, laman sesawang Indonesia melaporkan berita 2 maut di Gelora Bung Karno, klik di sini manakala 7 lagi penyokong tercedera dan kini dirawat di hospital.




  • Indonesia juga gagal dalam memberikan siaran yang baik kepada media-media yang membuat liputan, seringkali pelbagai masalah gangguan visual dihadapi oleh media-media yang beroperasi pusat media. Papan markah elektronik juga tidak berfungsi membuatkan para pengulas sukan tertanya-tanya akan keputusan terkini para atlet. Masalah ini berterusan sehingga hari terakhir temasya berkenaan.


 Permasalahan ini menunjukkan kegagalan tuan rumah Indonesia yang gagal menjadi penganjur yang baik sehingga terdapat kecaman dari negara-negara Asia Tenggara yang lain. Perkara ini telah mengukir sejarah hitam buat Indonesia selaku penganjur yang gagal menunjukkan kehebatan dalam menganjurkan acara yang besar.

1 comment:

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...