I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 15 April 2012

PM SINGAPURA MEMILIKI GAJI TERTINGGI DI DUNIA



Percaya atau tudak negara jiran kita Singapura merupakan negara yang memberikan gaji yang tertinggi kepada Perdana Menterinya.



Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong kekal sebagai pemimpin negara dengan kadar gaji tertinggi di dunia meskipun selepas pemontongan gaji sudah dilaksanakan. Sebelum itu, Kerajaan Singapura telah mengumumkan pemotongan gaji sebanyak 36 peratus ke atas gaji keseluruhan Hsien Loong dan barisan kepimpinan kanan selepas menerima kritikan daripada meja pembangkang negara republik terbabit berhubung gaji yang terlalu tinggi yang diterima oleh pemimpin tertinggi kerajaan.


Hsien Loong menerima pendapatan tahunan sebanyak lebih 3 juta dolar Singapura bersamaan RM 7.33 juta tetapi jumlah tersebut telah dikurangkan menjadi 2.2 dolar Singapura ( RM 5.4 juta ) dalam tempoh setahun. Itu tak termasuk lagi dengan jumlah harta yang lain seperti bilangan rumah mewah, jumlah pegangan saham, kereta peribadi dan sebagainya.
     

Bayaran tersebut lebih tinggi daripada gaji tahunan kedua tertinggi di dunia yang dimiliki oleh pemimpin Hong Kong, Donald Tsang ( RM 1.73 juta ), diikuti pemimpin Negara Australia, Julia Gillard ( Rm 1.56 juta ) dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dengan gaji tahunan sebanyak RM 1.26 juta di tempat keempat.

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...