I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 14 April 2012

NIAT BERSIH DEMO PTPTN MENGOTORKAN AGAMA?

KUALA LUMPUR, 14 APRIL - Niat untuk memansuhkan PTPTN oleh sekumpulan pelajar telah tersasar daripada landasan atau matlamat yang sebenar. Perkara yang berlaku semalam amat mengejutkan beberapa pihak kerana tindakan terpelajar mahasiswa berkenaan yang sanggup mempermainkan upacara agama dalam perhimpunan berkenaan.


Acara yang dilakukan untuk mereka yang telah mati, tetapi sayang dilakukan oleh Pelajar Melayu Islam Malausia sambil di saksikan Adam Adli.


Apa yang menyedihkan lagi apabila, perkara berkenaan disaksikan dan dilakukan oleh mereka yang bergama Islam. Berdasarkan beberapa laporan, perhimpunan berkenaan turut dijadikan sebahagian daripada agenda politik pembangkang dalam menambahkan agenda berkempen sempena piliharaya umum tidak lama lagi. Sebahagian besar mahasiswa dan mahasiswi yang berhimpun adalah mereka yang menginginkan pendidikan percuma daripada kerajaan serta memansuhkan PTPTN.

Untuk pengetahuan semua, PTPTN akan mengecualikan pembayaran balik bagi mereka yang memperolehi Ijazah kelas pertama. Oleh itu, seeloknya belajar rajin-rajin dapatkan ijazah kelas pertama untuk mendapat Biasiswa daripada PTPTN.. itu yang terbaik..

- bagi penulis, untuk menjalankan perhimpunan adalah tidak salah, tetapi jika ini mampu menggugat kesucian sesuatu agama adalah sesuau yang melampau dan perlu dicegah. penulis juga tertanya sikap mahasiswa/i yang mampu mengenepikan soal agama demi kepentingan peribadi walaupun pendidikan agama sudah pasti disemai dalam diri seorang mahasiswa.

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...