Salam Semua LDKDM nk kongsi cerita psl satu kisah ni..mcm mana seorang sanggup memaki hamun ibunya kerana ibunya hodoh..Jom layan...
Aku Benci Mak !!!! Awak nak marah ? Awak nak benci ? Awak nak caci ? Tapi …..
Mak , pekerjaannya yang hanya sebagai tukang pungut sampah di sekolah , kadang-kadang mak buat kuih sebab nak sara hidup keluarga. Aku satu-satunya anak mak dan aku takde ayah ! TAPI , mak cukup memalukan aku ! Aku malu dengan mak ! Aku benci dengan mak !
Satu hari semasa perhimpunan tengah berlangsung di sekolah , mak tiba-tiba datang kepada aku untuk memberikan aku wang saku dan bertanya khabar tentang aku. Alangkah terkejutnya aku sebab aku dah pernah melarang mak supaya tidak menegur aku di sekolah tapi mak berdegil. Aku terus tarik muka pada mak dan aku melarikan diri daripada perhimpunan itu. Aku pandang belakang tengok mak dengan penuh perasaan benci dan meluat. Aku benci mak!
Keesokkan harinya , seperti yang aku jangkakan , kawan-kawan sekelas aku mesti akan berkata sesuatu tentang aku. Aku hanya diam membisu sambil malu tentang kejadian semalam. Tiba-tiba , seorang rakanku berkata :
“Yang semalam tu mak kau kan ? Aku pernah nampak dia masa aku balik rumah dan terlalu depan rumah kau ! Ewwwww , geli laa aku tengok mak kau bro. Dah laa buruk lepas tu ada SATU MATA pulak tu ! Kesian kau dapat mak yang macamtu kan. HAHAHAHA !”
Tiba-tiba satu kelas ketawa bila mendengar penjelasan daripada kawan aku itu. Mereka kini menjadikan aku sebagai bahan gurauan di sekolah malah diluar ! Aku malu dengan keadaan keluarga aku ! Mana aku nak tutup muka aku !
Lantas , aku mengambil keputusan untuk bercakap dengan mak ! Aku dah nekad sebab mak memalukan aku depan rakan-rakanku !
“HOI MAK ! Kan aku dah pesan jangan jumpa aku dekat sekolah ! Kau tengok sekarang apa dah jadi sebab kau tegur aku ! Kenapa masa aku Form 5 nie baru kau nak tegur aku ? Kenapa tak masa aku sekolah rendah jer kau tegur aku ?”
Berkaca mata mak penjelasan daripada aku tu. Aku terus mencari maki mak tanpa memperdulikan apa kata-kata yang akan aku keluarkan perasaan marah aku menyelubungi seluruh badan aku !
“Kenapa kau tak MATI jer lagi bagus ! Kau memang menyusahkan aku ! Mulai hari ini aku taknak tengok lagi muka kau dan kau jangan lagi cari aku dekat sekolah atau dimana-mana. PAHAM ! Dan aku malu dengan kau sebab kau tu MATA SATU !“
Aku nekad untuk keluar daripada rumah tapi timbul perasaan sesal kerana aku menengking mak sedemikian tapi dalam masa yang sama , aku rasa bagus sebab aku akhirnya bebas sebab memang selama ini AKU BENCI MAK !!!
********************************************
Aku berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyambung pelajaranku ke peringkat yang lebih tinggi oleh kerana peperiksaan SPM aku mendapat keputusan yang sangat cemerlang. Malah aku nak berusaha untuk mencapai kejayaan sebab keluargaku dulu sangat miskin. Hidup yang penuh dengan kemiskinan dengan hinaan. Aku perlu berusaha !
Hasil titik peluhku membuahkan hasil. Aku ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke negara lain malah apa yang mengejutkan diri aku , aku ditawarkan ke salah satu universiti yang terkenal di dunia. Siapa sangka dengan hasil aku selama ini tanpa keluarga , aku boleh berjaya ?
6 Tahun berlalu , aku telah tamat pelajaran dan kini aku bekerja di salah sebuat syarikat Swasta yang terkaya di Malaysia. Jadi , aku membeli rumah banglo dan dalam masa yang sama , aku dah berkahwin dengan gadis Malaysia sewaktu aku di England. Rumah yang tersegam indah dihadapanku ini membuatkan aku tersenyum. Tiba-tiba aku memikirkan keadaan mak dirumah buruknya itu. Syaitan mula menghasutku supaya tidak mengingati kepada mak aku di kampung.
Tahun demi tahun berlalu. Aku dikurniakan 3 orang cahaya mata yang comel. Aku kini boleh dikatakan salah seorang yang berjaya kerana wajahku sering terpampang di dada akhbar dan aku gembira dengan hidupku. Tiba-tiba ada satu hari , ada orang datang ke rumahku ketika anak-anak aku sedang bermain di hadapan rumah. Wajahnya yang cuma mempunyai satu mata itu membuatkan anak aku menjerit lantas aku ke hadapan rumah.
Di hadapan pagar , seorang perempuan tua datang dengan membawa beg serta mempunyai satu mata itu mengejutkan diri aku. Adakah aku gembira mak datang ? TIDAK ! Aku benci mak ! Lantas aku memaki hamun dia di hadapan rumah.
“Kau siapa dan apa kau nak ? Kau dah menakutkan anak-anak aku ! Berambus kau dari sini perempuan tua bermata satu ! “
Perempuan tua itu tersenyum sambil mengalirkan air mata. Akhirnya dia dapat berjumpa dengan anak dia dan cucu-cucu dia.
Tiba-tiba ada satu hari , aku dikirimkan satu surat Alumni dari sekolah lama aku. Aku mengambil keputusan untuk pergi berseorangan dengan meninggalkan isteri dan anak-anak aku dirumah kerana aku tidak pernah memberitahu tentang keluarga aku pada mereka. Setelah tamat alumni tersebut , aku mengambil keputusan untuk ke pondok buruk untuk berjumpa dengan mak sebelum aku ke Kuala Lumpur. Tapi ……
Jiran mak aku memberitahu bahawa mak telah lama meninggal dunia. Aku terkejut besar ! Tiba-tiba aku mengalirkan air mata tapi kenapa ? Aku benci mak sebab fizikal mak yang ada satu mata itu ! Kemudian mereka memberikan aku surat yang ditulis daripada mak aku kepada aku.
Nak , mak tahu kau akan balik ke rumah ini untuk berjumpa dengan mak. Mak tahu mak dah sakitkan hati dan memalukan kau sebelum ini. Mak juga nak minta maaf kerana datang ke rumah kau di bandar tapi mak gembira kerana kau masih ingat pada mak walaupun kau mencaci maki kepada mak dan mak gembira kerana dapat berjumpa dengan menantu dan cucu-cucu mak. Dan mak sekali lagi nak minta maaf kerana mak ada satu mata.
Mungkin kau tak tahu kenapa mak jadi macamnie dan mana hilang ayah kau. Masa kau kanak-kanak dulu , kau keluar dengan ayah untuk ke pekan dan tiba-tiba ada kenderaan yang datang melanggar motor ayah kau dan ayah kau tercampak dan digilis kereta dan kau pula cuma tercampak di semak dan salah satu mata kau tercucuk duri menyebabkan kau buta sebelah. Sebagai mak yang melahirkan kau , mak tak sanggup tengok anak mak buta dia jadi mak mengambil keputusan untuk memberikan sebelah mata mak kepada kau kerana mak taknak kau malu bila kau dah besar nanti.
Dan mak tahu , dengan mata itu kau boleh berjaya dan kau dah membuktikan kepada mak nak ! Mak bangga dengan diri kau nak ! Kau tengok dunia yang baru buat kau , dengan mata itu. Dan kalau kalau kau nak tahu nak , mak tak pernah menyesal kerana setiap kali kau memarahi mak , mak akan fikir “Mungkin dia marah kerana dia sayang aku“. Dan mak rindukan kau masa kau kanak-kanak dulu. Mak rindu kau nak dan mak nak kau tahu bahawa mak sentiasa sayang akan kau sampai akhir hayat mak ~
Salam Sayang Daripada ,
Mak
Aku benci mak ? Tidakkkkk ! Aku sayang akan mak dan aku menyesal kerana perbuatan ku dulu !
No comments:
Post a Comment