I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 26 April 2012

KEJAM : DI TANAM HIDUP HIDUP SEBAB BERIMAN KEPADA ALLAH




Ldkdm harap video ini dapat dikongsikan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Walaupun diseksa dengan pelbagai cara kalimah Allah tetap diucapkan. Mohon share kepada rakan-rakan anda.



“Dengan yakin syuhada' ini mengucap kalimah syahadah sebelum ditanam hidup-hidup setelah dipaksa tentera assad utk melafaz bashar assad itu tuhan...”
kejammm!!! Allahurabbi ='(







Saturday 21 April 2012

DBKL : BERSIH 3.0 DI DATARAN MERDEKA TIDAK DILULUSKAN




BERSIH 3.0 yang bakal berlangsung di Ibu Negara pada minggu hadapan terpaksa mengubah tempatnya apabila pihak DBKL menyatakan permohonan untuk penggunaan DATARAN MERDEKA untuk perhimpunan BERSIH 3.0 TIDAK DILULUSKAN.

BERSIH 3.0 bukan satu perhimpunan Nasional dan BERSIH 3.0 tidak sesuai untuk diadakan di DATARAN MERDEKA.

DBKL dah tak bagi kelulusan. So, ldkdm rasa, baik duduk rumah BERSIHkan rumah. Tak yah nk demo sgt..

Friday 20 April 2012

BUKTI : BOB KUMAN MASIH HIDUP



IM STILL ALIVE, itu yg ditunjukkan oleh Bob Kuman sebentar tadi. Perkara ini adalah untuk menyangkal khabar angin yang menyataka bahawa beliau sudah meninggal dunia. harap tiada lagi berita mengenai Bob Kuman yang dikatakan telah meninggal dunia pagi tadi.

BOB KUMAN BELUM MATI, YANG MATI KUMAN BOB



Bob Kuman belum meninggal lagi, walaupun berita mengenai kematiannya telah tersebar di FB dan Twitter.. Namun orang yang paling hampir dengannya menyatakan bahawa BOB Kuman masih lagi stabil dan tidak meninggal seperti yang dilaporkan oleh blogger-blogger Malaysia.. mohon kerjasama untuk sharekan maklumat ini.

TERKINI : BOB KUMAN MASIH STABIL



tersebarnya berita bahawa pelawak terkenal BOB KUMAN meninggal dunia daripada blogger-blogger tempatan, rakan artis pula menyangkal dakwaan berkenaan dan menyatakan bahawa bob kuman masih dalam keadaan stabil dan berharap tiada dakwaan yang menyebarkan berita kematian Bob Kuman.

TERKINI : BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA



BOB KUMAN telah meninggal dunia pg tadi. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.

BUKTI : PROTON PREVE MEMANG HANCUR ?



Proton Preve telah membuktikan kehebatannya. Anda bila lagi? Try It, Prove It, and U Get It .... (gambar di susur keluar Lebuh Raya Duke menuju ke Setapak...

Tuesday 17 April 2012

WAJIB TONTON : ANDAI RASULULLAH (SAW) BERSAMA KITA



bagi ldkdm rugi jika anda tidak dapat dengar dan hayati lagu ini. lagu yang sangat mendapat tempat dikalangan umat Islam di Malaysia masa kini. Salam serta selawat buat baginda s.a.w dan share kan kepada semua rakan dan semua umat islam di dunia. Abdul Rahman Muhammad - Law Kana Bainana.



selawat serta salam buat Baginda Nabi Muhammad (saw).



KUASA ALLAH : BAYI LAHIR SETELAH IBUNYA MENINGGAL DUNIA SELAMA 2 HARI




Seorang bayi yang lahir dari seorang ibu yang telah meninggal selama 2 hari membuat gempar dunia perubatan. Secara logik, bagaimana boleh? Mahmoud Soliman (29), ayah dari bayi ajaib ini tidak pernah membayangkan akan merasakan kesedihan yang bercampur aduk dengan kebahagiaan yang luar biasa.





Isterinya, Jayne Soliman (41) meninggal dunia akibat dysfunction otak memberikannya seorang bayi kecil yang cantik setelah Jayne divonis meninggal 2 hari sebelumnya dengan bantuan pembedahan caesar. Dalam masa kehamilannya, Jayne tidak merasakan apa jua masalah.





Namun ketika usia kehamilannya 25 minggu, ia merasakan sakit kepala dan sempat jatuh pengsan. Kemudian Jayne dilarikan ke Hospital Oxford. Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan doktor mengesahkan bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan lagi. Pasukan doktor mencuba sedaya upaya dengan pelbagai cara dan dengan berbagai alat agar jantung Jayne tetap boleh berdenyut.





Walaupun usaha itu tidak dapat membantu nyawa Jayne, tapi usaha itu dilakukan bagi si bayi yang ada di dalam rahimnya agar dapat diselamatkan. Doktor juga memberikan 2 dos besar steroid sehingga jantung bayinya boleh berkembang dan selepas dua hari pasukan doktor bekerja keras akhirnya Aya si bayi ajaib itu boleh diangkat keluar melalui pembedahan cesar.





Setelah pasukan doktor berjaya mengangkat bayi dari rahim Jayne, si bayi kecil itu di letakkan di bahu ibunya untuk memberi mereka masa bersama sejenak kemudian Aya dibawa ke unit rawatan intensif. Nama Aya yang diberikan si ayah diambil dari bahasa arab yang bererti keajaiban. itulah nama yang ingin diberikan si ibu, Jayne, ketika dia masih hidup

SUBHANALLAH : BAYI INI MEMPUNYAI 6 KAKI




Doktor Pakistan berjuang dengan segala kemungkinan untuk menyelamatkan bayi yang dilahirkan dengan keadaan genetik yang jarang iaitu lahir dengan enam kaki.

Bayi yang berusia satu minggu itu dipercayai sebagai salah satu kembar parasit.
Kembar berkumpul ketika dia dilahirkan pramatang dan tidak lengkap membesar, yang menyebabkan kanak-kanak yang kedua mempunyai kaki tambahan, kata Jamal Raza, pengarah Institut Kebangsaan Kesihatan Kanak-kanak di Karachi.

Doktor di institut berjuang untuk menyelamatkan bayi yang baru lahir, yang berada di dalam wad unit rawatan rapi. Raza menambah bahawa mereka sedang merancang untuk membuat pembedahan keatas bayi itu dan telah mempertimbangkan untuk meminta bantuan daripada pakar-pakar asing dengan lebih banyak pengalaman dalam penyakit yang jarang berlaku. Mereka percaya keadaan ini hanya satu dalam satu juta bayi.

Bercakap kepada laman berita, bapa bayi, Imran Shaikh, membuat rayuan untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan dan badan amal. 'Saya tidak mampu untuk melawat Kuala Lumpur dan mendapatkan rawatan untuk bayi saya, "kata juruteknik sinar-X, yang memperolehi bersamaan dengan $ 66-1-bulan. 'Saya merayu kepada dermawan dan kerajaan untuk tampil ke hadapan untuk memberi bantuan rawatan.'

Shaikh dan isterinya tinggal di Sukkur selama empat tahun, sekitar 280 kilometer ke utara di mana anaknya sedang dijaga. Isterinya dilaporkan akan pulih dengan baik dari kelahiran dan dalam keadaan kesihatan yang baik.
Dalam satu kenyataan yang diberikan kepada wayar berita AFP, jabatan kesihatan wilayah berkata: "Para doktor yang memeriksa bayi merancang rawatan yang perlu untuk menyelamatkan nyawa bayi dan memastikan dia berada dalam kehidupan yang normal. '

Muhammad Qaisar, seorang doktor di Pakistan Institut Sains Perubatan di Islamabad, memberitahu allvoices.com dia percaya bayi itu akan berjaya di bedah. 'Ia mungkin anak pertama dalam sejarah Pakistan mempunyai 6 kaki,' katanya.

Kes ini juga akan menjadi ujian bagi doktor dan kami berharap keadaan akan menjadi lebih baik, "katanya.
Sejak Shaikh membuat rayuannya awam untuk bantuan, Gabenor Sindh telah tampil ke hadapan dan mengarahkan pegawai-pegawai yang berkenaan untuk memastikan bayi itu menerima rawatan perubatan yang diperlukan, berdasarkan The Nation melaporkan.



BERTUAH : RAKYAT MALAYSIA YANG MASUK KE DALAM KAABAH



LDKDM NAK BERKONGSI GAMBAR INI, yang diperoleh daripada satu fan page di facebook. Seorang hamba allah yang telah dapat masuk ke dalam kaabah. Beliau merupakan pemimpin di negara kita.








Semoga Allah sentiasa merahmati perjalanan hidup Tun M walaupun di keji oleh segelintir masyarakat yang tidak mengenang budi dan tidak bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah taala...

Gambar ketika Tun Mahathir diberi peluang masuk dan solat di dalam kaabah . Beliau dikatakan menangis ketika berdoa kepada Allah Taala .

LUPA : UMNO LAGI DERHAKA?



Ini salah satu gambar keratan akhbar yang ldkdm dapat dari salah satu page wakil rakyat pembangkang. Bila kita lihat balik tajuk-tajuk artikel berkenaan, kita boleh buat penilaian sendiri. Cuba anda lihat. Sekadar ingin berkongsi...

Ldkdm tak nak cerita atau ulas banyak-banyak, cuma tertarik dengan ayat "jangan tuding jari pada orang kerana 4 lagi jari akan tunjuk dekat kita".. Harap setiap pihak yang terlibat dapat menyelesaikan masalah yang berbangkit untuk peroleh kepercayaan rakyat.

Sunday 15 April 2012

TERBARU : UJI TAHAP FOKUS ANDA


Bukan gambar ini yang hendak difokuskan, tetapi soalan yang ada dibawah. jom layan...


JAWAB SECARA SPONTAN:
- Jawab spontan, jangan banyak fikir,
- Baca satu demi satu,
- Concentrate!
- KITA MULA :

Permainan konsentrasi warna :
====================
1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air..

1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu.
Sebab kelawar tidur siang hari.

1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makanannya apa ?

Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging


anda selesai jawab. share kan pada rakan anda.. kongsi kan bersama rakan fb anda, dengan tekan like..

PM SINGAPURA MEMILIKI GAJI TERTINGGI DI DUNIA



Percaya atau tudak negara jiran kita Singapura merupakan negara yang memberikan gaji yang tertinggi kepada Perdana Menterinya.



Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong kekal sebagai pemimpin negara dengan kadar gaji tertinggi di dunia meskipun selepas pemontongan gaji sudah dilaksanakan. Sebelum itu, Kerajaan Singapura telah mengumumkan pemotongan gaji sebanyak 36 peratus ke atas gaji keseluruhan Hsien Loong dan barisan kepimpinan kanan selepas menerima kritikan daripada meja pembangkang negara republik terbabit berhubung gaji yang terlalu tinggi yang diterima oleh pemimpin tertinggi kerajaan.


Hsien Loong menerima pendapatan tahunan sebanyak lebih 3 juta dolar Singapura bersamaan RM 7.33 juta tetapi jumlah tersebut telah dikurangkan menjadi 2.2 dolar Singapura ( RM 5.4 juta ) dalam tempoh setahun. Itu tak termasuk lagi dengan jumlah harta yang lain seperti bilangan rumah mewah, jumlah pegangan saham, kereta peribadi dan sebagainya.
     

Bayaran tersebut lebih tinggi daripada gaji tahunan kedua tertinggi di dunia yang dimiliki oleh pemimpin Hong Kong, Donald Tsang ( RM 1.73 juta ), diikuti pemimpin Negara Australia, Julia Gillard ( Rm 1.56 juta ) dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dengan gaji tahunan sebanyak RM 1.26 juta di tempat keempat.

Saturday 14 April 2012

NIAT BERSIH DEMO PTPTN MENGOTORKAN AGAMA?

KUALA LUMPUR, 14 APRIL - Niat untuk memansuhkan PTPTN oleh sekumpulan pelajar telah tersasar daripada landasan atau matlamat yang sebenar. Perkara yang berlaku semalam amat mengejutkan beberapa pihak kerana tindakan terpelajar mahasiswa berkenaan yang sanggup mempermainkan upacara agama dalam perhimpunan berkenaan.


Acara yang dilakukan untuk mereka yang telah mati, tetapi sayang dilakukan oleh Pelajar Melayu Islam Malausia sambil di saksikan Adam Adli.


Apa yang menyedihkan lagi apabila, perkara berkenaan disaksikan dan dilakukan oleh mereka yang bergama Islam. Berdasarkan beberapa laporan, perhimpunan berkenaan turut dijadikan sebahagian daripada agenda politik pembangkang dalam menambahkan agenda berkempen sempena piliharaya umum tidak lama lagi. Sebahagian besar mahasiswa dan mahasiswi yang berhimpun adalah mereka yang menginginkan pendidikan percuma daripada kerajaan serta memansuhkan PTPTN.

Untuk pengetahuan semua, PTPTN akan mengecualikan pembayaran balik bagi mereka yang memperolehi Ijazah kelas pertama. Oleh itu, seeloknya belajar rajin-rajin dapatkan ijazah kelas pertama untuk mendapat Biasiswa daripada PTPTN.. itu yang terbaik..

- bagi penulis, untuk menjalankan perhimpunan adalah tidak salah, tetapi jika ini mampu menggugat kesucian sesuatu agama adalah sesuau yang melampau dan perlu dicegah. penulis juga tertanya sikap mahasiswa/i yang mampu mengenepikan soal agama demi kepentingan peribadi walaupun pendidikan agama sudah pasti disemai dalam diri seorang mahasiswa.

Friday 6 April 2012

PANAS : Cerita Suami Dato' Siti Nurhaliza 'Datuk K' Dengan Janda Anak Dua?






4 Apr – 17 tahun beliau berada dalam dunia hiburan dan pelbagai dugaan yang menimpa dirinya, namun bagi penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, dia tetap kebal bak perisai. Baru-baru ini telah tersebarnya khabar angin yang mengatakan suami Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa atau lebih dikenali sebagai 'Datuk K', didakwa mahu berkahwin dengan pelakon jelita berstatus janda anak dua, Rozita Che Wan.

Khabar angin tersebut telah sampai ke telinga Siti dan reaksi Siti apabila mendengar khabar angin tersebut seperti tidak berasa apa-apa.
"Sebelum ini, gosip yang sama pernah disebarkan dan sekali lagi diperkatakan baru-baru ini. Ketika membacanya, Siti langsung tak rasa apa-apa, jauh sekali mahu bertanya pada suami Siti kerana Siti tahu semuanya tak betul," kata Siti kepada Harian Metro.

Penyanyi berusia 33 tahun turut memberitahu sebagai isteri, beliau lebih kenal siapa suaminya dan tidak ada sebab untuknya curiga dengan suaminya. Malahan Siti pula berasa kesian dengan Datuk K apabila rakan-rakannya bertanyakan tentang khabar angin tersebut.

"Dia nampak sangat tertekan dan tak selesa namanya diheret lagi ke dalam gosip sebegini sehingga Siti pula terpaksa menenangkannya," ujarnya lagi.

Mengulas laporan akhbar Jumaat lepas yang mengatakan Rozita Che Wan mahu berkahwin dengan Datuk K, pelakon yang berasal dari utara tanah air menafikan sekeras-kerasnya dan dikatakan mahu menyaman penyebar fitnah tersebut kerana ia boleh menjejaskan reputasi dan mengaibkan maruahnya.

"Susah hendak menjejaki individu yang terbabit menyebarkan fitnah itu sebab identiti mereka kurang jelas. Sekarang ini, apa yang Siti mampu lakukan adalah berdoa kepada Allah S.W.T. Hanya Dia yang tahu tahap kesabaran Siti selama ini. Siti berdoa agar dosa penyebar fitnah ini diampunkan kerana dosa orang fitnah itu lebih besar daripada membunuh," katanya lagi.

Pada masa sama, Siti memberitahu bahawa tidak terdetik langsung untuknya membenci Rozita, kerana beliau sedar bahawa aktres tersebut juga menjadi mangsa keadaan.
"Tiada sebab untuk Siti bermasam muka dengan Rozita kerana dia pun mangsa fitnah. Lagipun, setiap hari DK bersama Siti. Habis kerja, DK akan pulang ke rumah dan Siti tidak nampak kenapa Siti perlu curiga,"jelas Siti.

Sementara itu, Siti baru sahaja meraikan ulang tahun ke 17 tahunya menjadi anak seni pada 1 April lalu, dengan tahun ini Siti menjanjikan pelbagai projek bakal dibuat antaranya konsert jalanan di Kuala Lumpur, rakaman album Melayi, Inggeris dan di Indonesia dan juga melancarkan rangkaian produk terbaru SimplySiti.

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...