I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 18 November 2011

PERANG : Penyokong Indonesia Terus Mengecam Malaysia



Perang Siber!!! Ini bukan perkara yang baru bagi Negara Malaysia, apabila sikap segelintir penyokong yang tidak mampu menerima kegagalan Tim Nasionalnya untuk menundukkan Malaysia. Sebaliknya berlaku keributan dipelbagai laman sosial yang kedua-dua penyokong pasukan berbalas komen dan ada yang mengutarakan pelbagai isu yang sememangnya lari daripada landasan sebenar iaitu mengenai perihal Bola Sepak di Sukan Sea 2011.


Kebanyakkan negara yang mengambil bahagian bersependapat bahawa Indonesia bukanlah penganjur yang baik dan mereka gagal dalam usaha membendung sikap fanatik penyokongnya yang telah mencemarkan semangat kesukanan yang sebenarnya.

Walaupun hanya melibatkan satu pingat emas sahaja, Perlawanan Bola Sepak sangat menjadi tumpuan kepada semua. Kekalahan Tim Nasional Indonesia kepada Malaysia telah mengundangkan pelbagai ketidakpuasan hati penyokong Indonesia yang sentiasa mengecam Malaysia.



"Malaysia ialah Israel Asia Tenggara"
"Maling-sia, Pencuri Kebudayaan"
"Malingsia Maju karna Korupsi"
"Malingsia Anjing Inggeris"
"Ayo Indonesia Ganyang Malingsia"
"Dasar Maling nggak Punya Hati"
"Malingsia Mali Donk, Punya Kemerdekaan dari Kasihannya Inggeris,
nggak spt Indonesia ats usaha sendiri"







Demikian beberapa komen yang sempat diambil oleh penyokong Indonesia yang telah terus memaki hamun negara Malaysia. Sikap ini terus dikecam dan ianya dipersetujui oleh kebanyakkan kontijen negara lain yang menyatakan sikap penyokong Indonesia yang telah melampaui batas. Mereka sanggup tidak menghormati lagu negara yang lain dan tidak menghormati para ahli sukan yang bertandang di sana.



Kemarahan penyokong Indonesia terus memuncak apabila skuad pimpinan Rahmad Darmawan telah tewas ketangan Malaysia dan telah mengecawakan ratusan juta rakyat Indonesia yang ingin Malaysia diganyang oleh Indonesia. Insiden penyokong Indonesia yang terlalu fanatik ini telah memakan dirinya sendiri dan perlu akur dengan keputusan bahawa Indonesia tewas 1-0 kepada Malaysia walaupun barisan utama mereka telah dikeluarkan pada separuh masa yang kedua.









No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...