I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 21 November 2011

GAGAL : Myanmar Akui Penganjur Indonesia Gagal



Setelah Thailand mengakui kegagalan Tuan Rumah Indonesia dalam menganjurkan Sukan Sea Ke-26 ini. Seterusnya Negara Myanmar pula mengatakan Indonesia turut gagal dalam memberikan kemudahan pada atlet dan pegawai sukan yang bertandang. Myanmar yang merupakan bakal tuan rumah untuk Sukan Sea Edisi ke-27 ingin mengambil iktibar daripada kegagalan yang ditunjukkan tuan rumah Indonesia.

Sejak dari sebelum Sukan Sea lagi bermula pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh Indonesia dengan kegagalan menyediakan kemudahan yang sempurna, penyiapan gelanggang pertandingan serta pelbagai isu-isu yang melibatkan dana. Perkara ini sekaligus memberikan gambaran kepada Indonesia yang belum sedia mengahadapi Sukan Sea ini. Mereka telah memberikan alasan pemerintah yang telah gagal mengeluarkan dana dengan pantas untuk pembiayaan sukan berkenaan.

Myanmar mengkritik Indonesia yang telah sejak daripada hari pembukaan lagi ketika di Stadium Gelora Sriwijaya yang hanya mampu menampung 40 ribu orang sahaja dan membuatkan ramai yang tidak dapat masuk kedalam stadium berkenaan dan membuat rusuhan di luar perkarangan stadium (sumber AFP- id.berita.yahoo.com).

Stadium berkenaan tidak ada pengasingan untuk entrance VIP dengan masyarakat umum dan ini sekaligus memberikan impak kepada ciri-ciri keselamatan yang sangat longgar. Selain itu, sistem teknikal, fasiliti, dan pengangkutan juga kurang sempurna kepada para atlet dan pegawai sukan di seluruh Asean.

Myanmar bakal menjadi Tuan Rumah Sukan Sea Ke-27 dan Singapura terpilih untuk edisi yang ke-28 pada tahun 2015.

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...